Saturday, September 3, 2011

AIDILFITRI 2011


Alhamdulillah..hanya kesyukuran yang mampu ku ungkap kepada Allah, pencipta hati-hati ini..Pengurnia kebahagiaan dan Pengatur hari-hari ini..

Ramadhan berlalu pergi lagi. moga2 mujahadah yang masih tersisa baki ini masih mampu diteruskan dalam usaha untuk menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik..

Aidilfitri menjelma. Tahun ini sedikit bermakna meski masih ada rasa rindu di hati anak-anak ini yang merindui ayah.

Syawal ini kami sekeluarga ke Johor untuk sama-sama meraikan aidilfiri bersama abang long yang baru jer mendapat baby baru. Muhammad Saiful Syamil..Moga-moga mampu menyempurnakan segala kekurangan yang masih ada didalam keluarga ini.Insya Allah.

Sebelum sama-sama berkonvoi ke johor kami singgah untuk berjumpa ayah..bak kata ibu,pergilah bagitau ayah yang kita x de dekat ngan dia untuk raya taun nih..al-fatihah untuk arwah..

Alhamdulillah..selamat mengabiskan hari terakhir puasa bersama2 adik-beradik yang lain. Riuh rendah jadinya rumah abang long..ermm,,syukur atas nikmat susah dan senang yang sudi dikongsi bersama..

1 Syawal dirai dengan penuh sederhana. Bangun awal pagi untuk memasak, mengemas apa yang patut..dan juadah pada pagi tu ialah nasi dagang dan beberapa juadah lain..

Time bersalam-salaman ialah time yang x boleh blah skali..hehe..mesti habis la make up..mula dengan abang long dan yang lain2..sebak hati ibu saat masih blh melihat semua adik beradik berkumpul. Moga2 perasaan ini kekal di hati kami.



6 beradik dari 8..2 lagi beraya bersama mentua massing2

Raya diteruskan dengan berjalan2 meluangkan masa bersama di teluk buih kemudian ke teluk gorek di tanjung resang.





Hanya sampai sini post kali ini. Tiada ilmiah tiada falsafah. Hanya ingin mencatit kenangan indah dilaman ini. akhir kalam..Salah aidilfitri buat semua sahabat dan pembaca2 blog yang usang nih. Maaf dipinta andai peenah mengguris hati dengan kata-kata oleh lidah yang tida betulang ini.

Salam hormat. Salam mujahadah. Salam syawal yang penuh berkah =)

2 comments:

~H.u.r a.L 'a.i.N~ said...

selamat hari raya kak
asai kak r x pakai baju raye?
hehe

Ana Juliana said...

kak r tertinggal baju raya dia..hehe