Tuesday, November 29, 2011

PENGALAMAN

Bismillahirrahmanirahim. Sedar tak sedar, dah lama rupanya Syifa' tak update blog nih. Bukan tidak lagi sudi berkongsi rasa, cuma masa menghadkan segala-galanya. Dan sedar tak sedar jugak, awal muharram baru saja berlalu. Jadi apa ye azam baru sahabat2 semua. Ringkasnya, azam Syifa' ialah untuk terus mengambil peluang yang hadir dalam hdup Syifa' lepas nih. InsyaAllah. Soal rasa, banyak yang ingin dikongsi tapi, nak mula dari mana ye. Kerana setiap yang hadir dalam diri ini merupakan pengalaman baru. I'm the life observer..

Berkecimpungnya Syifa' dalam kelab Pembimbing Rakan Universiti telah mengubah segala-galanya. Komitmen yang dituntut sedikit sebanyak mengubah Syifa' dari yang lama kepada yang baru. Jika dulu, banyak masa Syifa' hanya untuk diri. Pergi kuliah, balik study, makan, tidur dan berborak2 dengan senang hatinya besama rakan-rakan yang lain. Tapi sekarang, ianya berbeza. Sebelun tidur, wajib untuk fikirkan apa tanggungjawap aku esok ea..? Tugas apa lagi x settle ye..Tugas hari ni, da habis ke..keep thinking and remind myself. Because it is my responsibilities. Tanggungjawab pada diri, pada persatuan, dan juga pada rakan-rakan yang mana setiap masa kami berfikir, apa yang dapat kami lakukan untuk membantu mereka. Tapi, tak semua orang menghargai apa yang dia dapat. syifa' agak terkilan bila ada yang menyalahkan kesibukan berpersatuan bila tak ada masa untuk belajar. It doesn't the matter. Allah pilih kita melalui jalan ini supaya kita dapat membantu pelajar lain dari segi belajar and so forth. Bukankah dakwah juga namanya,,,? Atau bagi mereka, dakwah hanya berkaitan agama..? dan lupakah mereka, Allah tidak datangkan agama itu, bersendirian. Pelbagai cara untuk menarik ummah kepada agama. Astaghfirullahal a'zim...sungguh kesian mereka yang berfikiran begitu. dan Alahmdulillah, Allah pilih Syifa' dijalan ini. (yang penting niat)


Berkenalan dengan team AsasInsan Resources and Training juga banyak membantu Syifa' untuk mengimprove diri. Rasa bersyukur ditemukan dengan master trainernya atau mentor Syifa' atau juga abang Syifa', Che' E..dalam membangunkan insan di muka bumi Allah ini, tidak pernah terkeluar perkataan negatif dari mulutnya. Walau ujian sebesar mana yang datang, beliau tetap tersenyum dan hanya perkataan positif yang keluar. Cukup memberi kesan kepada kami disekelilingnya. Syifa' percaya, bagi sahabat2 yang pernah berpengalaman terlibat dalam program2 yang bertujuan membangunkan insan generasi negara, akan memahami betapa getirnya, betapa peritnya dan betapa payahnya proses itu. Kita tidak mampu mengubah mereka. Kita dipilih Allah untuk membantu dan memudahkan dan memberi jalan kepada mereka untuk berubah. Kita sayang generasi muda kita, namun apa yang telah kita usahakan untuk munzahirkan rasa sayang itu. Adilkah mereka dihukum dek kejahilan mereka. Dan apa tangungjawab kita sebagi golongan berilmu..? hanya duduk di bilik..? buat hal sendiri..? lantaklah..yang penting adik2 aku selamat..


Ingat kata-kata Che' E sewaktu meeting dengan beliau.." memang mak kita suruh kita datang universiti untuk belajar. Tapi, belajar untuk ap..? belajar untuk HIDUP..."
Sebesar mana dan sebanyak mana pun perkara yang berkaitan HIDUP, kita perlu belajar dan kuasai. Jika hidup kita kelak hanya menuntut kita berada di rumah sehingga ajal menjemput, maka tidak kemanalah sumbangan kita kepada Islam. Tidak mengapa jika kehidupan universiti kita sangat-sangat sibuk dengan perkara selain pelajaran, kerana bukan hanya dengan berada di bilik kuliah, dapat mengajar kita untuk HIDUP selepas ini.


Tapi, aulakan apa yang aula. Dan masa yang sama, grab peluang. Dan sesungguhnya, sangat rugi jika tidak menggunakan 100% tenaga muda kita dalam masa yang singkat ini. Gunalah sehabis baik. Kerana kesannya akan memberi sumbangan yang besar kelak.

p/s : Maksud surah Al-Asr:
1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.

Wallahu'alam. Jumpa lagi semua. Assalamualaikum..=)

1 comment:

mcfly said...

Erti hidup pada memberi.. Semoga dibekalkan kesabaran juga ketabahan dalam mengajak ummah untuk menaiki 'Bahtera Penyelamat', inshaAllah..