Tuesday, July 12, 2011

PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI MUTAWIF

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi..dengan nikmat iman dan Islam yang masih menebal didalam hati..Tujuan post kali ini adalah untuk berkongsi the precious experience that I got from the last kursus mutawwif. Kursus nih di tanggung sepenuhnya oleh pihak Tabung Haju,,so, datang tadah telinga jelah,,kursus nih berlangsung selama 6 hari yang bertempat di FKP, USIM..Peserta kali nih lebih kurang 40 orang yang terdiri daripada pelbagai fakulti dari pelbagai program dan dari pelbagai tahun,,jom Syifa ceritakan sedikit sebanyak apa yang kami dapat dan aktiviti yang dilakukan sepanjang program nih berlangsung.

Khamis-7/7/11

Hari pertama kursus berlangsung dimulakan dengan kuliah dari Cik Suria dari FKP tentang Kemahiran Komunikasi. Mutawif harus sedar dalam pentingnya dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kita harus berhadapan dengan pelbagai lapisan umur dan latar belakang jemaah haji..jadi dari sini kami belajar "the art of communication is the languange of leadership..bak kata Cik Suria, as a mutawwif we have to be proactive..



Slot ke2 diteruskan dengan kuliah dari Dr. Adnan Mat Junoh juga pensyarah dari FKP yang bertajuk Integriti dalam Pekerjaan. Kenapa tajuk nih penting dalam profesion mutawwif diterangkan oleh dr. dengan mendedahkan KOmponen Indeks Persepsi Integriti Nasional yang mana Malaysia terletak pada indek 6.97 yang bermaksud Malaysia masih rendah tahap integriti masyarakatnya. Slot berakhir dengan persembahan dari setiap kumpulan berdasarkan tajuk yang telah dibahagi-bahagikan. Kumpulan Syifa mendapat tajuk "Bagaimana menjadi mutawwif yang disayangi oleh kerajaan Arab Saudi.."..ermm..memandangkan tak de sorang pun dari group kamu yang pernah ke sana jadi agak sukar sebenarnya bagi kami untuk mencari idea2 yang bernas..




JUMAAT-8/7/11

Semangat yang berkobar2 diteruskan lagi pada hari yang ke2. Pagi tu dimulakan dengan slot dari Dr. Mohd Rushdan iaitu dekan FKP. Tajuk kuliah beliau ialah Kemahiran Kepimpinan dan Kemahiran Dakwah. Kedua2 nih disimpulkan sebagai salah satu perkara yang turut sama pentingnya yang patut dikuasai oleh mutawwif. Mutawwif bukan sahaja berfungsi sebagai pengiring atau pembimbing jemaah haji tetapi juga dalam masa yang sama sebagai pendakwah dikala jemaah haji menjadi tetamu Allah di Mekkah. Dan antara ciri2 pemimpin yang cemerlang kepada jemaah haji ialah memiliki ketenangan ketika menghadapi krisis.



Slot ke2 diteruskan oleh Prof Dr Zulkifli juga pensyarah dari FKP. Tajuk slot beliau ialah Musafir di jalan Allah dan Meneroka Tanah Suci. Slot kali ini agak menarik dari slot2 yang laen coz prof banyak tunjukkan kami gamba2 beliau sepanjang berada di sana.






SABTU-9/7/11

Perjuanagn masih diteruskan hingga hari yang ke3. Pagi nih slot kaunseling oleh en Zaliridzal salah seorang kaunselor d USIM. Tajuk kuliah beliau ialah Penyelesaian Masalah dan Kemahiran Hubungan Membantu. Bagi slot penyelesaian masalah kami didedahkan dengan 3 unsur penting dalam membuat sesuatu keputusan iaitu 1) pemikiran kriris, 2) pemikiran kreatif 3) kefahaman dan kejelasan. Kemudian kami diberi satu masalah yang memerlukan keputusan segera yang merangkumi segala aspek yang telah kami belajar. soalannya ialah, adakah anda akan pergi ke perhimpunan BERSIH..? erkkk!!ermm, jawap jelah apa yang termampu..hehe..Kemuudian slot Kemahiran Hubungan Membantu tidak kurang menariknya. Time nih en Zali menunjukkan demo bagaimana untuk membantu in term of seorang kaunselor. Apa yang dapat disimpulkan ialah postur duduk ketika membantu iaitu SOLER..Sit quarely, Open posture, Lean forward, Eye contact, Relax..



Selesai dengan sesi amali kaunseling slot kami seterusnya ialah bersama wakil dari Tabung Haji iaitu Ustaz Nukman yang bercerita mengenai Keperluan dan Harapan Organisasi terhadap Mutawwif. Betapa besarnya harapan pihak tabung haji dan semua agensi swasta terhadap murawwif kerana sesungguhnya Malaysia amat2 kekurangan mutawwif. Oleh sebab itu, program seumpama ini amat mendapat galakan daripada pihak KPT sendiri.

AHAD-10/7/11

Hari seterusnya kami diberi perhatian tentang Fiqh dan Sirah Umrah oleh Dr Azman iaitu pensyarah dari FSU. Slot bermula dengan kamai bertalbiah bersama..Subhanallah..rasa terpanggil2 ke Baitullah..setiap lafaz talbiah meresap ke dalam jiwa ..



Kemudian slot berakhir dengan persembahan tugasan yang diberi. Tugas setiap kumpulan adalh mencipta logo kumpulan berdasarkan soalan yang diberi dan menjawap soalan2 yang berkaitan fiqh dan hukum.








ISNIN-11/7/11

This second last day pun x kurang menariknya semua pengisian. Slot pertama ialah Asas Bahasa arab yang di conduct oleh ust Wan Fazrul Azdi. Kami belajar beberapa istilah arab ammi yang mana amat berguna sebagai mutawwif. Sangat seronok slot nih coz kami belajar sesuatu yang baru yang mana tidak diajar di dalam kelas biasa memandangkan kami hanya lah belajar arab fushah..Diakhir slot, seperti biasa kami ditugaskan untuk membentangkan satu tugasan. Tugasannya ialah kami di beri satu keadaan yang mana memerlukan kami bertutur didalam arab ammi. Kumpulan Syifa mendapat situasi d lapangan terbang Jeddah..



Juga situasi bersembang di dalam bas



Ada juga situasi didalam kedai makan



Slot terakhir untuk hari ini ialah Asas Perubatan dan Kesihatan oleh Dr Hairulhisyam dari FPSK USIM. Beberaap basic perubatan yang dikira penting untuk diketahui oleh semua mutawwif jika apa2 emergency berlaku pada jemaah haji.



SELASA-12/7/11

Hari ini merupakan hari last bagi kursus pembangunan kompetensi mutawwif siri 4. Hari ini merupakan kemuncak kepada slot2 lepas yang telah belajar didalam dewan kuliah. Pada pagi hari kami bersama Ust Lokman hakim dari FSU juga merupakan seorang mutawwir yang amat berpengalaman. Beliau juga menunjukan cara memakai ihram bagi jeamaah lelaki sebelum similasi sebenar berlangsung.





kemudian...inilah hasilnya..Simulasi Umrah yang dijalankan di tengah kawasan lapang FKP. Sangat menarik. Kami seakan2 melakukan ibadat umrah yang sebenar yang mana kami harus melaksanakan semua rukun dan wajib umrah yang telah dipelajari bermula dari niat sehinggalah tertib termasuklah bertawaf dan juga bersa'ie.



Bermula dengan tawaf bagi jemaah lelaki..



Diikuti tawaf oleh jemaah wanita..



Selesai bertawaf kami pula mengerjakan rukun umrah yang seterusnya iaitu bersa'ie dari bukit Safa ke bukit Marwa..



Alhamdulillah..selesai sudah slot amali dan simulasi umrah kami. Semoga ustaz sentiasa diberkati oleh allah atas ilmu yang ustaz curahkan kepada kami..



Tidak ada ilmu yang tidak di uji. oleh itu, di petang hari kami wajib menduduki penilaian. Soalan2 nya hanyalah berkisarkan tentang apa yang telah kami pelajari sepanjang kursus. Dan syarat untuk mendapat sijil pengiktirafan dari pihak Tabung Haji adalah mendapat sekurang2nya 70%..Dan sesungguhnya bukanlah sijil yang kami inginkan tapi ilmu yang tidak ternilai dari penceramah2. Meskipun tidak berpeluang menjadi mutawwif yang sebenar namaun ilmu yang diperoleh masih boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian..Wallahu'alam..



" manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa " -saidina Ali-

3 comments:

" NuR Itu CaHaYa " said...

lain kali kalau ade, ajk kami rmai2x kak ju...

mar mp 86's said...

bestnya!! xtau pun. em. btol kata abel ni, ajak la.. benda baik~ :)

Ana Juliana said...

insya Allah..kursus nih bersiri..next sem pun ada lagi,,kitorg tau pun last2 minute..tu terus join jer..huhu..