Friday, January 25, 2013

XPDC 2 : GUNUNG BRINCHANG

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. Alahmdulillah. Syukur kepada Allah Penguasa Alam. Penguasa hati-hati manusia. Penguasa segala ilmu yang ada. Nampaknya, Syifa' still ada pembaca setia sebab walaupun ada Malware, orang tetap jenguk. Tahniah Syifa'. Teruskan menjadi penawar. (erk!) ok. Walaupun hari ni hari yang memenatkan dan menghiburkan sebab bawak anak-anak buah, si kembar dan adik nya Ayip ke Pantai Sri Tujoh utk jalan2 dan mandi-manda, InsyaAllah, masih gagah untuk menaip sambil berangan di laman maya ini. XPDC Gunung Nuang sudah berjaya membuat Mcfly jelez, maka Gunung Brinchang akan membuat beliau jelez lagi. kihkih. ok. Sebelum tangan makin laju menaip, Syifa' lupa nk tambah skit tentang XPDC Gunung Nuang yang lepas. XPDC tu adalah bolehlah dikira trip kelas. Sebab budak2 kelas je pegi. 6 pompuan, 4 lelaki. Inisiatif sendiri sebab teringin nak pergi. haa,, laen citernya dengan Gunung Brinchang. Gunung Brinchang terletak di Cameron Highland, Pahang. So, sambil2 daki gunung, dapat la jalan2..hehe. Trip ini adalah anjuran sepenuhnya oleh Kolej Kediaman Sutra Indah (KKSI), yang dikepalai oleh Nur Azieha.tadaa.. (xpernah2 naek gunung, tetiba jadi pengarah program). So, untuk memastikan program berjalan lancar, Syifa' dilantik sebagai Timbalan Pengarah Program. (dilantik k, bukan melantik). Ini antara AJK yang menjayakan trip ini.
So, 16, 17, 18 Nov telah dipilih untuk trip nh. Seramai lebih kurang 70 peserta pelajar USIM termasuk AJK telah sertai trip nih. Mereka sangat bersemangat. Trip Syifa' kali nh, ada rasa lain sikit. Sebab rasa bertanggungjawab pada peserta2 yang dibawak. Memang tak leh menggila sangat la. hehe. Ok. Kami bertolak dari Nilai pada pukul 12 malam dan perjalan mengambil masa selama 6 jam. Alhamdulillah, selamat sampai ke campsite pada pukul 6 pagi. Turun je bas, angin Cameron mencium pipi. Cewah! memang sejuk la kan. 17 Nov: Kami menunaikan solat subuh di pekan Brinchang. Kesejukan air paip dia, sebagai tanda awal supaya kami bersedia mental dan fizikal. Seusai solat, kami bersarapan di medan selera yang ada berhampiran surau di kawasan pekan tersebut. Entahla. First time tengok pekan tuh, Syifa' rasa macam waa.. Laen sangat dengan situasi kampung or bandar lain. Nak honeymoon kt Cameron Highland! Ok. Lepas semua bersarapan, ( agak-agak je lah sarapan tuh, sebab kat atas xde tandas awam. Tandas semulajadi je ) kami diberi brief ringkas oleh ketua guider, Saudara Nazim (guider yang sama ngan nuang) tentang perjalanan naik dan juga pembahagian kumpualan. Alhamdulillah, Syifa' group 1, so leh la gerak dulu. hehe.
Sepanjang perjalanan naik, boleh jumpa kebun2 sayuq kt kanan jalan. sangat menarik. Perjalanan naik mengambil masa lebih kurang 2 jam kot. (yeke,,? he, lupa). Beza track Brinchang dengan Nuang ialah, Brinchang lebih sejuk dan lembap. Kemungkinan untuk tergelincir tu sangat tinggi. Lumut sana-sini. Semakin nak sampai puncak, semakin terasa sejuknya. Jom tengok gambar2 sepanjang perjalanan naik.
Ok. tu adalah muka happy giler sebab antara yang terawal sampai. Alahmdulillah, sempat sujud syukur atas peluang Nya.
Puncak setiap gunung sangat berbeza. Takkan ada yang sama. Sebab apa? Sebab Allah Maha Cantik =) . Tak semua puncak gunung, kita akan nampak view seluruh alam (macam puncak Gunung Dato')but yet, it still amazing! Dipuncak Gunung Brinchang, ada satu menara yang bernama Menara Tinjau. Haaa, nama pun tinjau. memang boleh tinjau seluruh alam la. Dengan kesejukan sepoi2 bahasa menguit pipi, sambil menikmati alam hijau dicelah kabus, cukup untuk merasa kerdil diri ini.
Alhamdulillah. Semua dapat naik dengan jayanya. Sekarang, jom turun. Laluan turun tak sama dengan laluan naik. (guider saja nak dera kami). Kami ikut laluan tar untuk turun tapi bila pikir balik, mak ii, jalan yang orang duk naek ngan kete, kitaorang turun jalan kaki jer! Nasib baik, Syifa' dan beberapa rakan lain, bertindak cerdik dengan mintak tumpang uncle yang bawak trak sayur, untuk turun ke bawah.hehe. bijak2x..Jalan turun nh yang best . Ada ladang strawberi, ladang teh dan macam2. Sebelum jumpa ladang2 nh, akan jumpa satu kawasan yang bernama Mossy Forest. Sejuk kawasan sekeliling nya dan kabus keluar dari mulut!
Alhamdulillah. Semua selamat sampai ke bawah dengan selamat. Tapi yang x best, kami xde rezeki nak bermalam di campsite tepi sungai sebab dah penuh. Kami amek alternatif untuk menyewa bangunan sekolah rendah Brinchang. Oklah dari kena tidur atas bas. Nama pun musafir. Malam tuh, kami masak2 dan makan2 sama2 dalam kumpulan yang dah bahagi2. Ada tomyam, ada kentang goreng, ada maggi. Alhamdulillah, walaupun Syifa' memang selsema time tuh, masih ada deria rasa lagi. Hehe. Dan malam di Cameron Highland tu juga takkan ku lupakan kesejukannya. Stress plak bila sejuk2 nh. Habis lenguh la semua badan2. Rasa nak selimut semua badan (malangnya, x bawak selimut). Nasib baik x ujan la malam tuh. Lau tak, mati sambil menggigil kot. Nikmat semulajadi.
18 nov: sesudah sarapan pagi, kami berkemas untuk pulang. Sebelum pualng ke Nilai, sempat kami berjalan-jalan mencari souvenier untuk kengkawan. Baju starwberi, bantal strawberi. Last2 balik tuh pun, makan malam dengan strawberry. Nyum2.
Last but not least, selaut dan segunung terima kasih kepada barisan AJK yang x kenal penat lelah menjayakan XPDC kali nh. Kepada team MNA Outdoor juga, dan kpd peserta2. Semoga setiap dari kita mendapat apa yang dicari disebalik XPDC ini. Maaf dihulur andai ada kekurangan selaku penganjur. Jumpa di gunung yang lain ! Pesanan Syifa: "nature brings you to the Creator". Percayalah ! Untuk kenali diri, ayuh cabar diri! koreksi potensi ! Allahuakbar,,, Salam Ukhwah.

4 comments:

Anonymous said...

=)

mcfly said...

Huish best giler tu dapat tengok permandangan Cameron Highland.. Gunung Brinchang tunggu ye, nnt Mcfly akan hinggap ke sana, huhuu.

Anonymous said...

Assalamualaikum saudari..nk tanya..saudari ad cntct jabatan2 yang handle untuk naik ke gunung brinchang ni x??kalau ad bole la kongsi sbb kami pun tgh plan nk pergi ke gunung ni..ni email saya mohdhafizkhalil@gmail.com..terima kasih

Anonymous said...

Andy (TEBING TINGGI BACKPACK)
Call 017-9997790
Trans cameroon guide