BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyanyang. Maha Menguasai segala sesuatu di bumi dan langit. Yang Menggerakkan hati dan segala anggota badan ini untuk terus menaip di laman maya ini. Tidak banyak yang mampu disumbang, Insya Allah ada hikmahnya.
Ok. First of all. Kesian Syifa'. Why..? sebab setelah sekian lama dibiarkan dan disishkan, akhirnya dia dah dijangkiti Malware! sorry to you Syifa'. hehe..
Banyak nak citer. I'm try to make it structured mengkut cronologi..haha. Mak aii..(Punyalah banyak citer)ok. sikit2 la ea. Kepada yang Syifa' da janji nak cter (especially Mcfly), nih dia, nak bayar utang. hehe.
Untuk tahun 2012, Syifa' berjaya mendaki 2 gunung iaitu Gunung Nuang, Selangor and Gunung Brinchang, Cameron Highland. I'm glad to share the XPDC because it brings me to the Creator. Haa. firts, Gunung Nuang on 28, 29, n 30 Nov.
setelah sekian lama punya plan, alhamdulillah, niat kami diperkenan Allah. Kami gerak ke Hulu Langat dari Nilai, dalam pukul 10 malam dan selamat sampai ke kaki gunung pada pkul 12 malam. haaa, seram x..? haha. nih gambar-gambar sepanjang perjalan naek ke campsite selama 2 jam! berpoloh den!
Haa, punyalah lega bila sampai. Lau x, habis semua citer keluar sebab nak hilangkan rasa penat perjalanan naik. Ok. Sebaik sahaja sampai, terus pasang khemah, and terus pengsan !
29 nov: pagi yang dingin. grrrrr...sejuk mak aii. Kena amek wudhu' ngan air sungai yang mencengkam tubuh. Allahuakbar! Nikmat kurniaMu. no air paip. no heater dan segala kesenangan. Nikmat alam semula jadi.
Selepas selesai solat subuh berjemaah, para wanita bergegas siapkan sarapan dan bekalan untuk naik ke puncak selama 4 jam. (lau x silap.)sarapan pagi tuh, nasi+sardin dan roti sardin sebagai bekalan. Semangat yang berkobar2 untuk naik walaupun tahu cabaran perjalanan dan diguide oleh guider yang dah tak tahu berapa kali dia turun naik gunung nh.
Mesti ramai tertanya2, pela pekdah nyer, naek gunung tuh. buat penat jer. bak kata org tua, cari penyakit. Haaa, sakit tuh memang, tapi bagi orang yang
gemarkan outdoor activity like me, it's became self-satisfaction. Puas! Cakap panjang2 puan tak guna, kalau da memang korang xde hati untuk benda2 ginih. haha.
Sepanjang perjalanan naik, banyak yang Syifa' dapat. First, dapat penat! haha. Second, dapat kenal semua kawan2 hiking yang lain. Mana yang boleh tunggu kita, mana yang nak cepat sampai puncak dan sebagainya. Sebab tu orang cakap, nak kenal someone, ajak dia naek gunung! haha..Sebelum sampai puncak, ada beberapa chekpoint yang akan kita jumpa. antaranya, kem pacat dan Puncak Pengasih. (xde plak puncak penyanyang).
Perjalanan dia memang taf! tak kuat semangat, memang flat! Tapi rahsia mendaki gunung ialah, jangan terlalu mengejar puncak. Enjoy the journey. macam hidup kita! sebab kadang2, puncak itu mengecewakan. Tapi kita tidak akan rasa rugi lau kita amek ibrah dari perjalanan yang rumit itu tadi. Salah satu ciptaan Allah yang sangat Syifa' teruja ialah pokok rapunzel(Syifa' sendiri bagi nama) kat checkpoint 1, kem pacat.
Finally ! sampai ke puncak lebih kurang 4 or 5 jam perjalanan. Alhamdulillahirahmanirahim.
Dalam setengah jam lepak kat puncak, amek angin segar sambil layan tupai nuang yang duk datang mintak makanan, kami pun bergerak turun. Risau hari hujan. Kebiasaannya, perjalanan turun lebih cepat dari naik coz kita da familiar dengan jalannya. The best ever memory dalam perjalanan turun ialah kami sempat solat zohor bertayamum dan tanpa sebarang alas. Tanah menjadi alas, langit menjadi bumbung. Allahuakbar! rasa taqarrub ilallah. Serius! Rendah nya diri ini dibanding ciptaan Allah yang lebih hebat iaitu bumi yang terbentang luas. " nature brings you to the Creator "
Alhamdulillah. Sesampainyer di campsite, tanpa melengahkan masa, terus terjun sungai. Sejuknya menghilangkan segala lenguh2 dan sengal2 badan. Seusai solat magrib, macam biasa, para wanita ke 'dapur' untuk siapkan makan malam. Tapi Syifa' da flat ! Tertido lepas maghrib. Bangun2 semua da siap. Sayang la korang! hehe. Sambil2 makan, bercerita. Selesai solat Isya' berjemaah, terus amek tempat masing2 utntuk baeradu. Ada yang ajak sembang2, tapi serius, tak larat.
Malam tuh adalah malam yang takkan dilupakan. Sejuk dia sampai sekarang terasa2! Menggigil2 ! Allahuakbar. x yah aircond. memang semulajadi sejuk. alhamdulillah. xdelah mati kesejukan.
30 nov: macam biasa. Start ngan suara grrrrr,,, sejuk x tahan amek wudhu' ngan air sungai yang mengalir. huh! solat subuh pun menggigil2. Lepas solat subuh, siapkan sarapan sebelum berkemas balik.
Berat rasa hati nak turun sebab belum puas lagi duduk kat nuang. hehe. Alahmdulillah. Semua selamat sampai ke bawah.
Pesanan Syifa' kepada semua pembaca (hopefully there are fews) berMUSAFIRlah!. Baca la ayat Quran mana2 pun, semuanya supaya kita berfikir! kenapa Allah jadikan sungai. Kenapa Allah jadikan tanah dan sebagainya. Rugi jadi hamba Allah lau kita tak nikmati segala yang Allah ciptakan cantik2.
Ciptaan Allah itu cantik, kerana Allah itu Maha Cantik.
p/s: maaf jika terlalu ringkas. memory lama kadang2 x sesempurna kejadian yang masih segar. Ingat2 lupa. Ameklah ibrah k! Salam Musafir!
3 comments:
Salam Musafir Syifa'!
best nyer! betul2 jeles ni.. Ibrah yang syifa terima dari pendakian tu cukup mengagumkan Mcfly. Sangat suka dengan statment kalau nak kenal orang ajak dia naik gunung, bukan naik gunung tu ukurannya tapi kita dapat kenal se dalam mane ukhwah seseorang, sebab kalau ckp semua orang nk A je kan, huhuu.. Terbaeklah la syifa' Enjoy the journey.. Bila la Mcfly nk boleh dari gunung everest plak ni :p
haha.. yup Mcfly..ok. t Syifa' leh kenal Mcfly, bla dpt naek Kinabalu sama2.. hehe. Jom musafir!
Post a Comment