Friday, January 25, 2013

XPDC 2 : GUNUNG BRINCHANG

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. Alahmdulillah. Syukur kepada Allah Penguasa Alam. Penguasa hati-hati manusia. Penguasa segala ilmu yang ada. Nampaknya, Syifa' still ada pembaca setia sebab walaupun ada Malware, orang tetap jenguk. Tahniah Syifa'. Teruskan menjadi penawar. (erk!) ok. Walaupun hari ni hari yang memenatkan dan menghiburkan sebab bawak anak-anak buah, si kembar dan adik nya Ayip ke Pantai Sri Tujoh utk jalan2 dan mandi-manda, InsyaAllah, masih gagah untuk menaip sambil berangan di laman maya ini. XPDC Gunung Nuang sudah berjaya membuat Mcfly jelez, maka Gunung Brinchang akan membuat beliau jelez lagi. kihkih. ok. Sebelum tangan makin laju menaip, Syifa' lupa nk tambah skit tentang XPDC Gunung Nuang yang lepas. XPDC tu adalah bolehlah dikira trip kelas. Sebab budak2 kelas je pegi. 6 pompuan, 4 lelaki. Inisiatif sendiri sebab teringin nak pergi. haa,, laen citernya dengan Gunung Brinchang. Gunung Brinchang terletak di Cameron Highland, Pahang. So, sambil2 daki gunung, dapat la jalan2..hehe. Trip ini adalah anjuran sepenuhnya oleh Kolej Kediaman Sutra Indah (KKSI), yang dikepalai oleh Nur Azieha.tadaa.. (xpernah2 naek gunung, tetiba jadi pengarah program). So, untuk memastikan program berjalan lancar, Syifa' dilantik sebagai Timbalan Pengarah Program. (dilantik k, bukan melantik). Ini antara AJK yang menjayakan trip ini.
So, 16, 17, 18 Nov telah dipilih untuk trip nh. Seramai lebih kurang 70 peserta pelajar USIM termasuk AJK telah sertai trip nih. Mereka sangat bersemangat. Trip Syifa' kali nh, ada rasa lain sikit. Sebab rasa bertanggungjawab pada peserta2 yang dibawak. Memang tak leh menggila sangat la. hehe. Ok. Kami bertolak dari Nilai pada pukul 12 malam dan perjalan mengambil masa selama 6 jam. Alhamdulillah, selamat sampai ke campsite pada pukul 6 pagi. Turun je bas, angin Cameron mencium pipi. Cewah! memang sejuk la kan. 17 Nov: Kami menunaikan solat subuh di pekan Brinchang. Kesejukan air paip dia, sebagai tanda awal supaya kami bersedia mental dan fizikal. Seusai solat, kami bersarapan di medan selera yang ada berhampiran surau di kawasan pekan tersebut. Entahla. First time tengok pekan tuh, Syifa' rasa macam waa.. Laen sangat dengan situasi kampung or bandar lain. Nak honeymoon kt Cameron Highland! Ok. Lepas semua bersarapan, ( agak-agak je lah sarapan tuh, sebab kat atas xde tandas awam. Tandas semulajadi je ) kami diberi brief ringkas oleh ketua guider, Saudara Nazim (guider yang sama ngan nuang) tentang perjalanan naik dan juga pembahagian kumpualan. Alhamdulillah, Syifa' group 1, so leh la gerak dulu. hehe.
Sepanjang perjalanan naik, boleh jumpa kebun2 sayuq kt kanan jalan. sangat menarik. Perjalanan naik mengambil masa lebih kurang 2 jam kot. (yeke,,? he, lupa). Beza track Brinchang dengan Nuang ialah, Brinchang lebih sejuk dan lembap. Kemungkinan untuk tergelincir tu sangat tinggi. Lumut sana-sini. Semakin nak sampai puncak, semakin terasa sejuknya. Jom tengok gambar2 sepanjang perjalanan naik.
Ok. tu adalah muka happy giler sebab antara yang terawal sampai. Alahmdulillah, sempat sujud syukur atas peluang Nya.
Puncak setiap gunung sangat berbeza. Takkan ada yang sama. Sebab apa? Sebab Allah Maha Cantik =) . Tak semua puncak gunung, kita akan nampak view seluruh alam (macam puncak Gunung Dato')but yet, it still amazing! Dipuncak Gunung Brinchang, ada satu menara yang bernama Menara Tinjau. Haaa, nama pun tinjau. memang boleh tinjau seluruh alam la. Dengan kesejukan sepoi2 bahasa menguit pipi, sambil menikmati alam hijau dicelah kabus, cukup untuk merasa kerdil diri ini.
Alhamdulillah. Semua dapat naik dengan jayanya. Sekarang, jom turun. Laluan turun tak sama dengan laluan naik. (guider saja nak dera kami). Kami ikut laluan tar untuk turun tapi bila pikir balik, mak ii, jalan yang orang duk naek ngan kete, kitaorang turun jalan kaki jer! Nasib baik, Syifa' dan beberapa rakan lain, bertindak cerdik dengan mintak tumpang uncle yang bawak trak sayur, untuk turun ke bawah.hehe. bijak2x..Jalan turun nh yang best . Ada ladang strawberi, ladang teh dan macam2. Sebelum jumpa ladang2 nh, akan jumpa satu kawasan yang bernama Mossy Forest. Sejuk kawasan sekeliling nya dan kabus keluar dari mulut!
Alhamdulillah. Semua selamat sampai ke bawah dengan selamat. Tapi yang x best, kami xde rezeki nak bermalam di campsite tepi sungai sebab dah penuh. Kami amek alternatif untuk menyewa bangunan sekolah rendah Brinchang. Oklah dari kena tidur atas bas. Nama pun musafir. Malam tuh, kami masak2 dan makan2 sama2 dalam kumpulan yang dah bahagi2. Ada tomyam, ada kentang goreng, ada maggi. Alhamdulillah, walaupun Syifa' memang selsema time tuh, masih ada deria rasa lagi. Hehe. Dan malam di Cameron Highland tu juga takkan ku lupakan kesejukannya. Stress plak bila sejuk2 nh. Habis lenguh la semua badan2. Rasa nak selimut semua badan (malangnya, x bawak selimut). Nasib baik x ujan la malam tuh. Lau tak, mati sambil menggigil kot. Nikmat semulajadi.
18 nov: sesudah sarapan pagi, kami berkemas untuk pulang. Sebelum pualng ke Nilai, sempat kami berjalan-jalan mencari souvenier untuk kengkawan. Baju starwberi, bantal strawberi. Last2 balik tuh pun, makan malam dengan strawberry. Nyum2.
Last but not least, selaut dan segunung terima kasih kepada barisan AJK yang x kenal penat lelah menjayakan XPDC kali nh. Kepada team MNA Outdoor juga, dan kpd peserta2. Semoga setiap dari kita mendapat apa yang dicari disebalik XPDC ini. Maaf dihulur andai ada kekurangan selaku penganjur. Jumpa di gunung yang lain ! Pesanan Syifa: "nature brings you to the Creator". Percayalah ! Untuk kenali diri, ayuh cabar diri! koreksi potensi ! Allahuakbar,,, Salam Ukhwah.

Thursday, January 24, 2013

XPDC 1 : GUNUNG NUANG

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyanyang. Maha Menguasai segala sesuatu di bumi dan langit. Yang Menggerakkan hati dan segala anggota badan ini untuk terus menaip di laman maya ini. Tidak banyak yang mampu disumbang, Insya Allah ada hikmahnya. Ok. First of all. Kesian Syifa'. Why..? sebab setelah sekian lama dibiarkan dan disishkan, akhirnya dia dah dijangkiti Malware! sorry to you Syifa'. hehe.. Banyak nak citer. I'm try to make it structured mengkut cronologi..haha. Mak aii..(Punyalah banyak citer)ok. sikit2 la ea. Kepada yang Syifa' da janji nak cter (especially Mcfly), nih dia, nak bayar utang. hehe. Untuk tahun 2012, Syifa' berjaya mendaki 2 gunung iaitu Gunung Nuang, Selangor and Gunung Brinchang, Cameron Highland. I'm glad to share the XPDC because it brings me to the Creator. Haa. firts, Gunung Nuang on 28, 29, n 30 Nov. setelah sekian lama punya plan, alhamdulillah, niat kami diperkenan Allah. Kami gerak ke Hulu Langat dari Nilai, dalam pukul 10 malam dan selamat sampai ke kaki gunung pada pkul 12 malam. haaa, seram x..? haha. nih gambar-gambar sepanjang perjalan naek ke campsite selama 2 jam! berpoloh den!
Haa, punyalah lega bila sampai. Lau x, habis semua citer keluar sebab nak hilangkan rasa penat perjalanan naik. Ok. Sebaik sahaja sampai, terus pasang khemah, and terus pengsan ! 29 nov: pagi yang dingin. grrrrr...sejuk mak aii. Kena amek wudhu' ngan air sungai yang mencengkam tubuh. Allahuakbar! Nikmat kurniaMu. no air paip. no heater dan segala kesenangan. Nikmat alam semula jadi. Selepas selesai solat subuh berjemaah, para wanita bergegas siapkan sarapan dan bekalan untuk naik ke puncak selama 4 jam. (lau x silap.)sarapan pagi tuh, nasi+sardin dan roti sardin sebagai bekalan. Semangat yang berkobar2 untuk naik walaupun tahu cabaran perjalanan dan diguide oleh guider yang dah tak tahu berapa kali dia turun naik gunung nh.
Mesti ramai tertanya2, pela pekdah nyer, naek gunung tuh. buat penat jer. bak kata org tua, cari penyakit. Haaa, sakit tuh memang, tapi bagi orang yang gemarkan outdoor activity like me, it's became self-satisfaction. Puas! Cakap panjang2 puan tak guna, kalau da memang korang xde hati untuk benda2 ginih. haha. Sepanjang perjalanan naik, banyak yang Syifa' dapat. First, dapat penat! haha. Second, dapat kenal semua kawan2 hiking yang lain. Mana yang boleh tunggu kita, mana yang nak cepat sampai puncak dan sebagainya. Sebab tu orang cakap, nak kenal someone, ajak dia naek gunung! haha..Sebelum sampai puncak, ada beberapa chekpoint yang akan kita jumpa. antaranya, kem pacat dan Puncak Pengasih. (xde plak puncak penyanyang).
Perjalanan dia memang taf! tak kuat semangat, memang flat! Tapi rahsia mendaki gunung ialah, jangan terlalu mengejar puncak. Enjoy the journey. macam hidup kita! sebab kadang2, puncak itu mengecewakan. Tapi kita tidak akan rasa rugi lau kita amek ibrah dari perjalanan yang rumit itu tadi. Salah satu ciptaan Allah yang sangat Syifa' teruja ialah pokok rapunzel(Syifa' sendiri bagi nama) kat checkpoint 1, kem pacat.
Finally ! sampai ke puncak lebih kurang 4 or 5 jam perjalanan. Alhamdulillahirahmanirahim.
Dalam setengah jam lepak kat puncak, amek angin segar sambil layan tupai nuang yang duk datang mintak makanan, kami pun bergerak turun. Risau hari hujan. Kebiasaannya, perjalanan turun lebih cepat dari naik coz kita da familiar dengan jalannya. The best ever memory dalam perjalanan turun ialah kami sempat solat zohor bertayamum dan tanpa sebarang alas. Tanah menjadi alas, langit menjadi bumbung. Allahuakbar! rasa taqarrub ilallah. Serius! Rendah nya diri ini dibanding ciptaan Allah yang lebih hebat iaitu bumi yang terbentang luas. " nature brings you to the Creator " Alhamdulillah. Sesampainyer di campsite, tanpa melengahkan masa, terus terjun sungai. Sejuknya menghilangkan segala lenguh2 dan sengal2 badan. Seusai solat magrib, macam biasa, para wanita ke 'dapur' untuk siapkan makan malam. Tapi Syifa' da flat ! Tertido lepas maghrib. Bangun2 semua da siap. Sayang la korang! hehe. Sambil2 makan, bercerita. Selesai solat Isya' berjemaah, terus amek tempat masing2 utntuk baeradu. Ada yang ajak sembang2, tapi serius, tak larat. Malam tuh adalah malam yang takkan dilupakan. Sejuk dia sampai sekarang terasa2! Menggigil2 ! Allahuakbar. x yah aircond. memang semulajadi sejuk. alhamdulillah. xdelah mati kesejukan. 30 nov: macam biasa. Start ngan suara grrrrr,,, sejuk x tahan amek wudhu' ngan air sungai yang mengalir. huh! solat subuh pun menggigil2. Lepas solat subuh, siapkan sarapan sebelum berkemas balik. Berat rasa hati nak turun sebab belum puas lagi duduk kat nuang. hehe. Alahmdulillah. Semua selamat sampai ke bawah.
Pesanan Syifa' kepada semua pembaca (hopefully there are fews) berMUSAFIRlah!. Baca la ayat Quran mana2 pun, semuanya supaya kita berfikir! kenapa Allah jadikan sungai. Kenapa Allah jadikan tanah dan sebagainya. Rugi jadi hamba Allah lau kita tak nikmati segala yang Allah ciptakan cantik2. Ciptaan Allah itu cantik, kerana Allah itu Maha Cantik. p/s: maaf jika terlalu ringkas. memory lama kadang2 x sesempurna kejadian yang masih segar. Ingat2 lupa. Ameklah ibrah k! Salam Musafir!