Monday, February 22, 2010

sekadar berkongsi..

x terniat pun nak post new entry..tgh bce artikel2 kat i luve islam, terbacalah satu artikel ni..agak menarik..lantas diri ini teringatkan saudari2 yg sudi singgah membaca blog yg dhaif ni..sekadar prkongsian buat bersama..

Ya Ukhti!
Jalan Ibadah Amat Luas Untukmu!

Wahai saudari-saudari muslimahku,

Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haidh tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi Muhammad s.a.w amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua zikir-zikir yang ada di dalamnya.

Jika masih belum puas, periksalah pula kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi. Lihat berapa banyak zikir-zikir dan doa-doa yang kalian belum amalkan. Jadi tiada alasan untuk kalian wahai-wahai srikandi tercinta untuk berkata bahawa apabila haidh maka kami kurang beribadah berbanding lelaki.

Wahai saudari-saudari seaqidahku,

Dalam bab membaca dan menyentuh al-Quran. Ulama-ulama umat masih berbeza pendapat tentang pengharamannya. Seandainya saudari berpegang kepada pendapat mengharamkannya, masih banyak ibadah yang saudari boleh lakukan bahkan tak akan habis untuk saudari lakukan di satu malam.

Wahai srikandiku,

Apabila kalian uzur, bukan alasan untuk kalian menghabiskan masa menonton televisyen tatkala si suami sedang bersolat. Bukanlah ia menjadi alasan untuk saudari menghabiskan hari siang dan malammu dengan tidur dan membiarkan si suami bersolat malam sendirian. Bukan juga ia menjadi alasan untuk kalian membiarkan anak-anak terkapai-kapai mempelajari al-Quran sendirian.




Wahai srikandiku,

Cuba kalian kira, berapa minitkah bagi setiap solat yang kalian lakukan apabila kalian berada di dalam keadaan suci. Andai kata 5 minit. Kenapa tidak kalian gunakan 5 minit itu untuk membaca doa-doa dan zikir-zikir yang Rasulullah s.a.w amalkan. Jika kalian solat malam selama 1 jam di bulan Ramadhan ketika kalian suci. Kenapa tidak kalian gunakan sejam itu dikala kalian uzur untuk kalian membanyakkan istighfar, memohon keampunan daripada Tuhan. Biarkanlah air mata kalian keluar pada malam itu. Biarkan ia menjadi saksi ketundukan kalian kepada Allah yang Maha Pengampun.

Wahai saudariku,

Jika kalian tidak berpuasa, gunakanlah kelebihan kekuatan yang ada pada hari itu untuk membantu kawan-kawan kalian yang berpuasa. Saudari boleh sediakan hidangan berbuka untuk mereka dan membiarkan mereka berehat. Saudari juga boleh membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah, dan mengurangkan kerja-kerja mereka. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.

Wahai saudariku,

Jika saudari berpegang kepada ulama yang menyatakan haram wanita uzur memasuki masjid, masjid banyak ibadah yang boleh saudari lakukan dirumah. Jika saudari berpegang kepada pendapat membenarkan saudari yang uzur ke masjid, banyak juga yang saudari boleh lakukan di masjid walaupun tidak bersolat.

Saudari boleh membantu menjaga kanak-kanak kecil yang sedang bermain tatkala ibu bapa mereka bersolat. Saudari boleh bacakan kepada mereka kisah-kisah nabi, saudari boleh mengajar mereka membaca Alif, Ba, Ta. Saudari boleh menenangkan mereka tatkala mereka menangis menanti si ibu yang sedang bersolat. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.

Ya ukhti,

Sungguh luas jalan ke syurga yang Allah bentangkan untuk saudari. Janganlah saudari sempitkan jalan yang luas itu. Mahukah saudari menempun jalan mudha ke syurga? Bukankah jalan ke syurga dimudahkan untuk mereka yang menuntut ilmu.

Saudari boleh gunakan masa yang biasa saudari lakukan untuk solat dengan membaca buku-buku agama. Saya nasihatkan saudari untuk memulakan dengan bahan bacaan asas agama. Saudari mulakanlah dengan membaca buku-buku berkaitan akidah. Pilihlah buku yang mudah. Saudari boleh membaca Kitab at-Tauhid karangan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sangat ringkas buku ini dan mudah untuk saudari fahami. Saudari juga boleh membaca buku saudara Hafiz Firdaus Abdullah tentang contoh-contoh hal yang boleh merosakkan akidah. Selepas itu saudari hendaklah membaca buku tentang bersuci.

Buku kecil Sifat Wudhu Rasulullah amatlah berguna buat saudari. Selepas itu bacalah buku Sifat Solat Nabi untuk saudari memperbaiki mutu solat saudari. Saudari juga tidak boleh melupakan hukum-hakam khas untuk gadis atau wanita seperti saudari. Bacalah buku-buku berkaitan hukum hakam haidh, istihadah dan lain-lain. Saudara boleh membaca buku karangan Shaikh Shalih al-Utsaimin berkaitan hal ini.


Ya ukhti,

Ingatlah Allah Maha Adil. Keuzuran pada wanita bukan penghalang mereka beribadah. Sematlah rasa cinta pada Tuhan, yakinlah pada keadilanNya, titiskanlah air mata memohon keampunanNya.

Wallahu’alam.

akhir kalam : biarpun bukan karya sendiri,harap kita semua dapat mengambil pengajaran..diri masih dhaif dalam menulis something that can make u thinking..harap maaf.

Sunday, February 21, 2010

mengapa senyum mu pudar wahai teman?

bismillahirrahmanirrahim....

mengapa senyum mu pudar wahai teman???

kepada semua yang bergelar sahabat dan mencintai sahabatnya kerana Allah :

Kisah tentang 2 orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Ditengah perjalanan, mereka bertengkar dan salah seorang tanpa dapat menahan diri menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir :

"HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR PIPIKU."

Mereka terus berjalan, sehingga menemukan sebatang sungai, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya ditampar dan terluka hatinya, cuba berenang untuk menyejukkan diri dan hatinya..
Namun, ternyata sungai tersebut cukup dalam sehingga ia nyaris tenggelam, dan diselamatkanlah ia oleh sahabatnya.Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu :

"HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU."

Si penolong yang pernah menampar sahabatnya tersebut bertanya,

"Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?"

Temannya sambil tersenyum menjawab,

"Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila dalam antara sahabat terjadi sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tetap terkenang tidak hilang tertiup waktu."

Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana wujud sudut pandangan yang berbeza. Oleh itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah lalu.

walauapapun,sahabat kita ibarat separuh dari diri kita..andai hatinya terguris,samalah jua separuh hati kita teguris..bersyukurlah dengan kurniaan Allah yg tiada bandingnya ini..cintai dirinya sepertimana kita mencintai diri kita...

akhir kalam : friends not for a second,
not for a day..
not for a month either a year..
friends mean FOREVER..
maaf teman andai ku bukan teman yg sempurna...

Tuesday, February 16, 2010

rindu terubat...

Mata yang dari semalam tertutup lena segar apabila terpandang signboard di tengah jalan " SELAMAT PULANG ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN "..rupe2nyer dah sampai Kelantan..kulihat jam ditangan..la..dah 9.30 pgi..xsampai2 umah lagi..mungkin disebabkan jalan yg jam semalam..emm.sabo jela..cuti sempena raya china selama 3 ari ni kuhabiskan di kampung..walauopun mase tu sangat singkat tapi cukuplah bagiku utk melupakan seketika lelah sebagai seorang musafir ilmu..

Tibenye dirumah,ibuku telah setia menanti dengan senyuman yg menutup segala kedukaan dan kerinduan dihati..kusambut tangan ibuku..ku kucup tangannya lantas ku cium sepuasnya kedua pipi tuanya..ku tahan airmata rindu yang hampir saja membasahi pipi..syukur Alhamdulillah..ku masih bisa melihat ibuku yang masih sihat walafiat...

Malamnya,sambil2 menadah telinga utk adik aku yg x habis2 ceritanya dari petang lagi (maklumlah..baru jadi pelajar menengah) keluar satu soalan yg ku xprepare pun jawapannya dari mulut ibuku..

" gano raso balik kg. xdok ayoh??"
(macam mane rasenye balik kg.ayoh xde?)

..........

kubalas dengan senyuman yg tenang sambil memikirkan ayat yg logik utk menjawabnya..namun, jawapan yg mampu kuberikan hanyala senyuman yg cube menutup hatiku yg kini menjerit pilu sambil menundukkan kepala..just that!

Padahal hatiku menjerit..ingin saja ku menangis dibahu ibuku melepaskan kata rindu terhadap arwah ayahku..namun,aku dah berjanji pada diriku..biarlah ku kesat air mata ibu..jgn ibu kesat air mataku..ibuku dah keletihan menahan rindu pada yang tiada..tapi, aku selalu berpesan padanya supaya cepat2 istighfar kalau rindu itu terlalu meluak2..bimbang takut2 syaitan laknatullah mengambil kesempatan..Astaghfirullahalazim...

Hari ke2, sebelum bertolak ke kg utk menziarahi nenek aku yg sakit tua,aku menziarahi kubur arwah ayah ku..sempat ku habiskan Surah Yassin..moga2 pahala itu sampai kpd arwah ayah ku..hanya itu yang mampu ku lakukan..ku tenung seketika tanah yang memisahkan ku dan arwah ayahku itu..ingin ku bertanya..ayoh,ape khabar??camne kat sane??....namun,Allah jualah yg Maha Mengetahui..kuhanya mampu titipkan smuga Allah melindungimu melalui setangkai doa yg kudus...

15 feb aku bertolak pulang..sepanjang perjalanan pulang ke Nilai hatiku bisu..belum puas aku melempiaskan rindu pada ibu,adik,ank2 sedara n family yg laen..namun, tugas yg trgalas dibahu harusku laksanakan.."tenanglah duhai hati..sesungguhnya Allah ada utk menjaga mereka.." pujuk hati yg x keruan...

Kepulangan ku kali ini ku simpulkan dalam sebuah sjak yg lahir dari hati kecil ini...


JIKA DULU,
KEPULANGANKU DINANTI OLEH 2 INSAN YG MENJADI PERMATA HATI..
NAMUN KINI,
KEPULANGANKU DINANTI HANYA SEORANG INSAN YG SESAK HATINYA DENGAN RINDU..

JIKA DULU,
KUBISA MENGUCUP PIPI INSAN YG DULUNYA PERNAH MENGALIR SETITIK PELUH UTK MENDEWASAKANKU...
NAMUN KINI,
KU HANYA BISA MENGUCUP PIPI INSAN YG DULU MENGALIRNYA AIR MATA KESAKITAN SAAT MELAHIRKANKU...

JIKA DULU,
KUBISA MENDENGAR NASIHAT DARI MULUT YG MENGIQAMAHKANKU SAATKU DILAHIRKAN..
NAMUN KINI,
KU HANYA BISA MENDENGAR NASIHAT DARI MULUT YG DULU MENDODOIKANKU WAKTU KU INGIN TIDUR..

JIKA DULU,
KU MAMPU MENGUCUP MESRA TANGAN YANG DULU MEMIMPINKU KESEKOLAH,
NAMUN KINI,
KU HANYA MAMPU MENGUCUP SYAHDU TANGAN YANG DULU LEMBUT MENGUSAI RAMBUTKU..

JIKA DULU,
ALLAH IZINKAN KU UTK MEMILIKI SEORANG INSAN BERNAMA AYAH..
NAMUN KINI,
ALLAH HANYA IZINKANKU MEMILIKI SEORANG INSAN YG KU PANGGIL IBU...

YA ALLAH,
TEMPATKAN AYAHKU DITEMPAT YG MULIA
TEMPAT YG KAU JANJIKAN UTK HAMBAMU..

DUHAI AYAH,
WALAU HATIMU SERING TERLUKA,
TIKA DIRIKU TERLANJUR KATA,
NAMUN XPERNAH ENGKAU TINGGALKAN DIRIKU SENDIRIAN..
AKANKU TERUSKAN PERJUANGAN INI..
WALAU KU TAHU KAU TIADA DISISI..


AKHIR KALAM :bak kata seorang sahabat.."letakkan harapan pada Pencipta bukan pada ciptaanNya"..

Thursday, February 11, 2010

14 Februari : Hari Apakah Itu Bagi Seorang Muslim?

muqaddimah yang baek utk blog ni..same2 renungkan..

Perayaan adalah sesuatu yang mengiringi fitrah kehidupan manusia. Ia adalah hari manusia memecahkan rutin kehidupan dengan melakukan sesuatu yang dikhususkan pada hari berkenaan dengan tujuan yang pelbagai. Kerana itulah, setiap bangsa manusia mempunyai perayaan mereka yang tersendiri. Ia disambut dengan pelbagai cara, dengan sebab, “˜sempena”™ dan matlamat yang berbeza-beza.

Islam sebagai cara hidup fitrah yang telah Allah sempurnakan ciri-ciri dan kemampuannya, turut menggariskan perayaan bagi umatnya. Sebagai umat Islam, perayaan turut menjadi salah satu cabang hidup yang mesti kita tempuhi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Hadith Abu Daud yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A secara jelas menegaskan bahawa Allah SWT telah memperuntukkan bagi umat Islam dua perayaan bagi menggantikan segala bentuk keraian yang diwarisi dari zaman jahiliah dan sumber yang tidak Islam. Dua perayaan berkenaan adalah Aidilfitri dan Aidiladha. Inilah dua hari yang bukan sahaja menjadi hari perayaan, bahkan Allah SWT menuntut kita agar tidak alpa dari me”raya”kannya. Puasa yang menjadi ibadah yang dipuji Allah, diharamkan pada dua hari berkenaan supaya umat Islam menyambutnya dengan sempurna dan tidak berlebih-lebihan di dalam ibadah sehingga ia “˜disangka taqwa”. Akan tetapi, dengan pertemuan Islam bersama bangsa lain, dan nilai iman yang corot, umat Islam mula meniru amalan yang tiada kena mengena dengan agamanya. Apatah lagi di dalam keadaan mereka yang bermastautin di negara bukan Muslim.
Di suatu ketika, seorang sahabat Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang dahulunya seorang Nasrani, iaitu ‘Adi bin Hatim radhiyallaahu ‘anhu, bertanya kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Siapakah yang dimaksudkan dengan al-maghdhoob ‘alayhim (golongan yang dimurkai Allah) seperti yang tersebut di dalam surah al-Fatihah? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Yahudi”. Adi bertanya lagi: siapakah pula yang dimaksudkan sebagai al-dhaalloon (golongan yang sesat) itu? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Nasrani”. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad serta dinilaikan sebagai sahih.

“Barangsiapa yang meniru atau berkumpul meramaikan sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”

Menjelang 14 Februari, kaum Nasrani dan masyarakat Barat sibuk meraikan Hari Valentine. Hari Kekasih yang disandarkan secara sejarahnya kepada Valentine of Rome, peristiwa mengenang Saint Valentine yang dikebumikan di Via Flaminia sekitar tahun 269M. Hari Valentine yang mengalami pelbagai penafsiran di sepanjang sejarah Eropah Moden akhirnya menjadi hari memuja kekasih, tidak terhad hanya kepada nilai, cara hidup dan kaum Nasrani di Barat, malah akhirnya menyerap sebagai budaya kaum Asia. Malang sekali, ritual yang tidak punya sebarang kaitan dengan kita sebagai kaum Muslimin, sedikit demi sedikit terserap sebagai budaya dan amalan anak-anak muda kita. Perlu ditegaskan, seorang suami berkewajipan menghargai sang isteri, begitu juga seorang isteri terhadap suaminya. Ia adalah sebesar-besar ajaran Islam. Namun penghargaan yang ingin diberi, telah ada caranya menurut ajaran Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tidak seharusnya kita mengambil ritual kaum lain, apatah lagi dosa di atas dosa, tatkala penghargaan itu adalah pada sebuah perhubungan di luar akad perkahwinan!

Para kekasih dan teman akrab, pada hari itu, akan saling menjadi musuh di antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]

Jika mahu membalas cinta, balaslah dengan cara yang menyampaikan dua kekasih itu ke syurga. Bukan cinta berbalas dosa.Bukanlah soal bunga ros atau sekeping kad itu yang menjadi persoalan, tetapi kemusnahan jati diri sebagai seorang Muslim, dan sikap terhegeh-hegeh meniru segala yang datang daripada Barat itulah yang menjadi persoalannya.


Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Setiap masa, suami tanyalah kepada isteri dan isteri tanyalah kepada suami, di manakah anak-anak kita. Jangan tidak lekatnya mereka di rumah itu, rupa-rupanya mereka sedang berbondong-bondong masuk ke lubang biawak Yahudi dan biawak Nasrani.

Jika benar kita mahu membuktikan kasih sayang, maka buktikanlah ia menerusi cara Islam yang halal, indah, penuh barakah dan tiada kesan sampingan. Tanpa perlu menunggu 14 Februari, berkahwin adalah Sunnah Nabi SAW, yang jika kita serius ke arah itu, susunkanlah agenda hidup ke arahnya dengan baik. Usahlah dibazirkan wang untuk membeli bunga ros, kad-kad ucapan, atau candle light dinner di restoran-restoran mahal, kerana semua itu adalah keindahan yang menjadi pagar-pagar kemurkaan dan neraka Allah SWT. Kumpulkan wang dengan baik, beli buku yang mengajar cara hidup rumah tangga Islam dan laluilah 14 Februari ini seperti kita melalui hari-hari yang lain, iaitu dengan mengulangkaji pelajaran, menghadiri majlis-majlis ilmu, beribadah dan berlumba-lumba mengejar kebaikan.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan untuk kita semua.
Wallahu A'lam bi As-Sawaab.

izinkan ku bermula..

"biler enti nak buat blog?"..tanye seorang sahabat suatu ketika dahulu.."nak buat ape?tgk blog org pun best gak..."jawabku yg sebelum ni banyak melawati blog shbt2 samada dalam or dari luar malaysia..."laa..tulislah pengalaman.." iye x ye..ak terfikir seketika..sehubungan dengan itu,cewah...ak pun cube2 create blog ni..namun,apabila kita mula buat sesuatu ia xkan totally perfect.pasti ada cacat dan cela..teringat diri yg bergelar mahasiswi and also a muslimah masih tergalas satu bebenan dibahu ini utk bersama mereka2 yg x letih jemu meningkatkan syariatNya n cube utk menyedarkan saudara2 kita yg laen yg agak leka dek dunia sekarang yg seakan2 tiada batasan..maaf teman..(flight delay..ak baru sampai..hehe)harap2 coretan2 dari blog hamba yg dha'if ini sedikit sebanyak mampu menyumbang dalam mentarbiah diri n shabt2 yg laen..akhir kalam,salam ukhwah..'majulah muslimah dlm upgrade martabatmu'(maaf ye muslimin..hehe)