Tuesday, May 22, 2012

LAWATAN KAMI CAKNA RAUDHATUS SAKINAH

Bismillahirahmanirahim... Apa khabar iman hari ini? Masihkah subur dengan cahaya Allah? Apa khabar jiwa hari ini? Masihkah basah dengan zikrullah..? Moga2 sentiasa dibawah rahmat Allah. Terlalu teruja nak kongsi satu pengalaman yang diberi Allah kepada diri ini dan sahabat2 yang lain sehinggakan x sempat pun nak siapkan homework.huhu.. Pada Sabtu 19 Mei, alhamdulillah kami team Misi Lawatan Antarabangsa Fakulti Ekonomi dan Muamalat telah berjaya menjejakkan kaki ke satu tempat yang dah lama menjadi target Syifa' untuk pergi. Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah.Siapa tahu,banyak betol dugaan nak kesana. Kalau tak kerana urusetia yang turut bagi semangat memang dah hye2 bye2..huhu.. So, nak stat dari mana yer? huhu..Memang tak dinafikan, terlalu banyak dugaan yang Syifa' and team hadapi antaranya, kertas kerja yang ada jer salahnye, sampai 5 or 6 kali gak duk edit bru. Then, tak dapat sponsor dari syarikat terdekat untuk support program. Deorang nih memang takde SCR (SOCIAL CORPRATE RESPONSIBILITIES)..kentut betol..huhu..xpe.so, kami berpakat utk teruskan gak coz semangat yang membara.(sampai menangis gak..huhu).. So, panjang punya citer, Alhamdulillah kami berjaya juga untuk pergi. Tapi siapa sangka..? Kita fikir kita punya perancangan is the best one, tapi Allah punya perancangan lebih malah jauh lebih baik. Bas yang kami naik dari USIM mengalami kemalangan kecil iaitu tayar meletup. Allahuakbar. Nasib baek semua peserta selamat. Mujur gak deorang yang jenis optimis. Dek semangat yang membara,senyum jer..siap posing amek gamba lagi.
keadaan dalam bas yang agak kelam kabut. (x kelam kabut pun..huhu)
So, tunggu la sejam lagi bas dari Nilai untuk datang amek kami. Terharu ngan kata2 semangat dari Kak Ngah (Pengurus RS Sungai Buloh).." sabar yer juliana...banyak betol dugaan..." Tentatif program terpaksa diubah disebabkan masa yang lama dihabiskan di dalam bas. Kami tetap positif untuk teruskan dengan masa yang berbaki. Alhamdulillah. Kami sampai ke RS pada pukul 12.30 tengahri, 3 jam lewat dari target!
halaman rumah RS
Nasi menanti sebaik sahaja kami sampai..huhu Sebaik sahaja kami sampai, Kak Teh (Warden RS) sambut kami and ada sikit taklimat yang disampaikan tentang Putri2 RS
Kami mulakan 'blind date' kami dengan Putri RS dengan makan tengahari bersama. Bergetar hati ini. Tertahan airmata saat dapat tengok sendiri wajah2 mereka. Bukan wajah yang penuh dengan dosa lagi tapi wajah yang penuh dengan nur. Ingin sekali Syifa' pergi dan peluk mereka dan mengatakan kami sayang kamu..... Kemudian, kami solat zohor berjemaah dengan harapan moga Allah berkati pertemuan kami ini.
Seusai solat zohor, kami teruskan dengan aktiviti yang amat2 dinantikan oleh peserta dari USIM sendiri iaitu sharing moment. Mereka mengambil peluang ini untuk sama2 menghayati dan mengambil ibrah dari cerita2 mereka. Penyebab mereka masuk kesana, dan kehidupan mereka disana. Ada air mata yang mengiringi sembang2 mereka. Peserta dari usim x henti2 memberikan kata2 semangat kepada mereka agar terus kuat menghadapi hidup. Meski ada ibu yang terpaksa berpisah dengan anak kandung sendiri, tapi mereka optimis dengan mengatakan bahawa.." kami perlu bimbing diri kami dahulu.." Allahuakbar. itu pengorbanan yang mereka harus bayar diatas kekhilafan mereka.
Kemudian, kami teruskan lawatan ini dengan sukaneka. Seronok melihat mereka tersenyum. Atleast, dengan sukaneka ini dapat menghiburkan hati mereka,samapi ada putri yang sarat hamil pun nak join. Risau sangat tapi dia memang kuat semangat.
Last but not least, kami tinggalkan sesuatu untuk mereka. Slot motivasi dari Syifa' sendiri. Ilmu hanyalah seciput, tapi dek kerana rasa cakna yang tinggi, Syifa' sampaikan sedikit sebanyak. Bukan air mata yang menjadi pengukur keberkesanaan program tapi, sejauh mana mereka mengamalkannya. Ada juga peserta dari USIM yang teresak2 menangis saat bersalaman dengan Putri. Ada putri yang sempat pesan ditelinga Syifa' saat peluk mereka, " korang jaga diri elok2 diluar"....
Mereka sempat kongsikan sesuatu pada kami. Mereka beritahu bahawa mereka takotkan 2 perkara bila keluar nanti iaitu takot masyarakat tidak terima mereka dan takot mereka akan mengulangi kesilapan lalu. Hanya lawatan sebegini yang mampu kami laksanakan untuk menginterprtasikan rasa cakna kami kepada mereka. Kami tidak punya wang ringgit untuk disumbangkan tapi kami masih ada secebis rasa sayang kpda saudara kami sendri saat masyarakat membuang mereka. Sekurang2nya kami ad jawapan saat disoal oleh Allah apa yang kami sumbangkan untuk islam. Untuk saudara2 kami sendiri. Akhir kalam, sekalung terima kasih diucap pada pihak Raudhatus Sakinah sebab bagi kami peluang berharga ini. Tahniah dan terima kasih tidak berpenghujung kepada barisan urusetia yang tidak jemu membantu stat dari awal proses hingga berjayanya lawatan ini. Semoga Allah memudahkan urusan kalian kelak, InsyaAllah. Sejuta tahniah buat semua peserta dari USIM yang diberi hati oleh Allah yang masih cakna pada masyarakat. Teruskan rasa itu walau kat mana pun kta berada. Masyarakat perlukan kita. Masyarakat perlukan ilmu kita.Terpulang pada diri untuk gunakan ilmu yang Allah bagi itu untuk kepentingan diri mahupun untuk ummah. Pesanan kepada semua pembaca blog Syifa', jika anda mahasiswa, laburkan sedikit masa dan kebijaksanaan anda untuk melihat sendiri masyarakat kita. Jangan kita menjadi mahasiswa yang celik tapi buta, yang dengar tapi pekak terhadap masalah ummah. Jika anda yang sudah bekerja, laburkan sedikit wang ringgit anda kepada mereka yang berusaha membimbing masyarakat. Meski rm1 yang dilabur, jangan putus asa, kerana dengan rm1 itu mereka dapat membeli tasbih baru untuk merintih pada Allah. Jika lebih yang anda labur, tersenyumlah,kerana dengan wang anda mereka membayar bil elektrik yang menerangi solat taubat mereka di malam hari. Allah menyebut dalam kitab-Nya didalam surah Ali Imran ayat 104 bermaksud "Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung". Allahuakbar. Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang beruntung meski hanya seciput usaha yng dilabur. Moga Allah akan memberi peluang dan ruang kepada kita untuk sama-sama termasuk dalam kalangan orang beruntung itu. Wallahu'alam.

Saturday, February 4, 2012

Hikmah

Bismillahirahmnirahim..

Salam Maulidurrasul buat semua umat islam di muka bumi Allah ini. Salam 1000 kebaikan, salam 1000 kekuatan. Moga2 Allah menguatkan iman dihati kita meski diuji dengan bermacam ujian. Diuji dengan segagah-gagah ujian. Jangan mengeluh. Kerana itu tarbiah dari Allah (pesanan untuk diri sendiri).

Jika dulu diri pernah diuji dalam bersengkang mata merawat arwah ayah di hospital, sekarang giliran mak pula. Sekali lagi Allah menguji kesanggupan untuk berkorban dari anak-anak dalam merawat mak yang berada di hospital. Semenjak tidak mampu menguruskan diri sendiri akibat sakit urat dalam punggung, anak-anak lah menjadi kaki dan tangan beliau. Disitu telah terlihat kesanggupan anak-anak dan kesabaran dalam melayan karenah seorang mak. Disitu juga telah diuji kami adik beradik dalam bersabar melayani dan menyantuni. sabarkah dan sanggupkah sebenarnya seorang anak membasuh berak mak sebagaimana yang dilakukannya dulu. Sabarkah sebenarnya seorang anak dalam menyuap memberi makan kepada mak yang dulu ikhlas menyuap kami. Sabarkah sebenarnya seorang anak memakai dan menyalinkan pampers mak yang dulu merupakan rutin beliau ketika kami masih kecil dan sabarkah sebenarnya 8 orang anak menjaga dan merawat seorang mak yang dulu menahan sakit ketika melahirkan.

Allah itu maha Besar. Benarlah. Allah tidak menguji melainkan sesuai dengan tahap kita. Allah tahu apa yang terbaek untuk hamba-hambanya.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Bukan ku mengeluh ya Allah. Terlihat segala hikamh yang datangkan bersama ujian ini. Tika inilah, adik-beradik saling membantu. "malam nih akak jaga. Esok ya pulak jaga" kata kakak. "meh sni ngoh masakkan utk mek..", kata abang. "minggu depan harap2 lepas untuk buat loan nak operate mek. Biar lepas nih mek sihat sepenuhnya.." kata abang yang ke4..si adik yang sebelum ini liat untuk buat kerja rumah, pantas ringan tulang membantu...mengalir air mata ini saat terkenangkan betapa manisnya ujian Mu...

Hikamh apa lagi yang ingin Kau tunjukkan ya Allah....?

Sungguh tak terhitung nikmat dan kebaikan yang Kau kurniakan. Namun mengapa ada manusia yang tidak bersyukur..?

Ku ambil sedikit sunnah Rasulullah tercinta iaitu SENYUM..dengan SENYUM diriku dikira kuat. dengan SENYUM diriku dikira tiada masalah..
Itulah indahnya Rasullah kita. Tiap apa yang terkandung dalam sunnah baginda mempunyai 1001 malah lebih kebaikan.

‎"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam". (Quran Al-Anbiya 21:107)

Mujur diuji disaat-saat sambutan Maulidurrasul. Dapat ku kutip segala kebaikan dan semangat Rasulullah. Benar. Siapalah aku dan apalah besar mana pengorbanan aku jika dibanding pengorbanan Rasulullah. Dan itulah yang dituntut Rasulullah iaitu bersabar dalam melayan karenah ibu-bapa.

Moga aku sekeluarga terus diberi kekuatan oleh Allah SWT dalam terus kuat menghadapi semua dan aku berharap dengan jiwa yang ku hadapkan pada Allah dengan serendah-rendah jiwa, semoga ibuku diberkati dan diberi kesembuhan agar dapat menjalani hidup seperti sedia kala. Amin ya rabbil alamin.....

Wednesday, February 1, 2012

new look, new story and new spirit!

Bismilahirrahmanirahim...

Alhamdulillah. Selamat sudah mengrenovate si Syifa' nih. Lau kalian baca entry lepas, Syifa' agak tertekan untuk mengedit blog nih. Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran, ketekunan, kekuatan dan segala ke lah, maka tadaaaaa....terhasilah blog yang macam rupa kanak2 yang agak ceria nih..huhu

So, it's already new look. Of course there will be new story with a new spirit! Because I bet that my 2012 would be tough than before. Dah dapat aura sebenarnya yang tahun 2012 akan lebih tough. So, apa kisah, apa cerita, apa pengalaman yang akan Syifa' hadapi sepanjang perjalanan pada tahun 2012..? rajin2 la usya blog nih ye!

p/s: mohon awak semua doakan Syifa'. Walau sebesar mana ujian, tetap kuat hadapi..jazakallahukathiran khaira..

Saturday, January 28, 2012

no idea

assalamualaikum semua...actually hajat di hati nak update something kt blog nih + new appearance. Tapi edit punya edit, entahlah kat mana silap nya (da berbulu mata depan laptop ni)inilah hasilnya. Frust tol...biaq p la. Laen kali la Syifa edit balik. Huhu...Da tak de mood nak bercerita..huhu..Jumpa lagi laen kali semua. Jaga diri yer,.Ingat Allah sentiasa dan jaga lupa senyum ye!