Bismillahirrahmanirahim...subhanallah..lama bangat x jenguk ke sini..agak sibuk dengan assigment2 yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat..
Tengah usya2 blog saudara2 yang laen, syifa' tertarik untuk share sesuatu kat sini..article daripada lecturer salah seorang sahabat di salah sebuah universiti awam di Malaysia yang berbentuk surat..sama2 kita hayati dan fikir2 kan..setiap orang ada pandangan masing2 dan keadaan sekeliling sebenarnya banyak mempengaruhi cara kita berfikir..
Assalamualaikum wrt. Wbt. Ukhti….
Salam sejahtera dan mudah mudahan dalam rahmat dan perlindungan Allah. persoalan di atas sering ana kemukakan kepada para pelajar perempuan. Bukan apa…sekadar nak Tanya pandangan. Ana harap enti boleh terbuka minda dan tak mudah tersinggung kerana niat ana sememangnya nak tau akan asas dan puncanya. Dengan kata lain kenyataannya yang akan dikemukakan ini adalah ‘ Tanpa Prejudis’.
Basically, kita berbangga apabila 70% wanita kita berjaya ke Universiti walaupun yang lelakinya lebih suka ke pusat serenti. Tapi agak menghairankan kenapa kes-kes di Mahkamah Syariah pun menujukkan 70% penganiayaan suami terhadap isteri. Apakah educatednya isteri masih gagal untuk membentuk dan mengawal keluarganya ?
Kemudian pernah timbul isu Amina Wadud menjadi Imam, setakat yang ana perhatikan…tidak pula kedengaran suatu kenyataan rasmi daripada Muslimah kita membantah tindakan tersebut dengan hujah-hujah ilmiah. Termasuk isu hak wanita bertudung yang didiskriminasi atau dibuang kerja semata-mata bertudung…tidak pula bangkit secara rasmi atau wujudnya memorandum khas di kalangan Kesatuan Muslimah Profesional yang membela hak untuk bertudung.
Mengenai topik utama peranan manusia sebagai khalifah. Maknanya ia ditaklifkan ke atas semua tanpa mengira jantina. Kewajipan dan tanggungan untuk menegakkan syariat Islam adalah terpikul ke atas insan yang memperakui keesaan-Nya dan kerasulan untusan-Nya. Cuma apabila topic yang agak berat ini cuba nak dikongsikan dengan muslimah kita(walaupun educated) agak bermasalah. Apakah mentaliti yang terpahat di minda dan pegangan di hati sehingga isu yang bersifat ‘serious discussion’ agak sukar mendapat reaksi yang baik daripada wanita berbanding bab-bab hiburan, percintaan , fesyen, keluarga, set pinggan mangkuk, kuih raya, karpet, langsir baru dan lain-lain perkara yang menjamin masa depan ekonomi Negara. Sebab tu anak agak tersinggung apabila sesetengah lelaki berkata “alaa…biasa la perempuan. Apa sangat enta nak expect daripada diorang? Setakat cerita pasal shopping, beranak dan jalan-jalan…itu la topic yang boleh ‘masuk’ dengan depa. Selain daripada tu, jangan harapla enta boleh sembang pasal secular ke, islam liberal ke walaupun Nampak depa tu educated, tapi gaya pemikiran tak ubah seperti operator pengeluaran”.
Jikan diperhatikan senario peperangan di Gaza, Lubnan, Palestin dan lain-lain Negara Islam yang sering diganyang oleh Israel dan sekutunya… masyarakat Islam biasanya sekadar mampu mengutuk serangan tersebut sedangkan golongan kuffar saban hari tidak berhenti-henti membunuh manusia. para penceramah kita hanya menyebut bahawa akan datang suatu ummah yang mana orang Islam akan menjadi ‘santapan’ musuh . jumlah kita ramai tetapi ahli-ahlinya tidak berkualiti(ibarat buih-buih yang tidak berguna). Kalau adapun reaksi umat Islam di Malaysia khasnya(yang hanya bermusim atau hangat-hangat tahi ayam)terhadap serangan kejam Israel, mereka sekadar mewarisi empat kaedah ini iaitu demonstrasi, boikot, derma dan solat hajat. Ana terfikir bagaimana sekiranya peperangan itu wujud di Malaysia. Bagaimanakah keadaan mereka yang berfkrah family man(yang sebelum ini hanya sibuk dengan karenah ahli keluarganya) untuk survive…..sedangkan bom di sana sini dan peluru yang keliling pinggang. Adakah di ketika itu persoaln keluarga masih lagi wujud atau masing-masing hanya fikir langkah untuk menyelamatkan nyawa sendiri.
Atas alas an itu ana selalu bertanya pelajar perempuan, yang seringali mengimpikan ‘kebahagiaan’. Soalan ana kepada mereka… apakah enti akan berasa cukup bahagia sekiranya mempunyai suami yang jujur dan setia, mempunyai anak yang soleh dan taat, mempunyai kerjaya dengan gaji RM7000.00, tiada masalah kesihatan atau kecacatan, mempunyai kereta atau kenderaan yang jarang sekali rosak, memiliki rumah yang selesa (tiada kebocoran atau masalah kecurian), jiran-jiran yang sedia menolong dan mempunyai ‘bibik’ yang amanah?
Almost memberikan jawapan itulah kebahagiaan yang diimpikan kerana itulah ;pencapaian’ terhebat dalam hidup mereka. Lantas ana bertanya , bagaimana sekiranya apa yang menimpa Lubnan, Palestin dan lain-lain Negara bergolak itu turut berlaku kepada kita? Apakah kebahagiaan sebegitu masih wujud? Mereka diam… apa yang ana maksudkan buanlah beerti semua perempuan mesti jadi tentera, sebab sejarah pun telah membuktikan tiada panglima wanita….tetapi paradigm di atas lebih bersifat ‘kepentingan peribadi’ yang hanya memikirkan permasalahan dalaman mereka. Ana berpendapat mereka tidak pernah terfikir perkara lain yang diluar skop masalah ‘kepentingan peribadi’ itu. Apatah lagi nak fikir isu murtad yang kini kian serius melanda umat Islam, kenaikan harga barang, gejala Mat Rempit, pembuangan bayi, siswazah menganggur, masalah rasuah dan penyelewengan kuasa dalam politik, kesengsaraan umat Islam di luar sana dan lain-lain perkara yang lansung tidak pernah wujud pun dalam kamus hidup mereka. Dengan kata lain di sinilah unsur pemikiran selfish , individualistic, atau self interested, materialistic, angkuh serta keras kepalamula bertapak dan menunjangi gaya hidup masyarakat kita. Bahan mungkin juga ada yang berkata, ‘kubur kita lain-lain , jadi kenapa nak menyibuk..? dosakan masing-masing tanggung..?
At last, apabila ‘kebahagiaan’ yang disenaraikan tersebut tiada, maka isteri itu akan mula buat perangai, mudah merajuk, membesarkan hal-hal yang kecil, bersikap mengada-ngada dengan harapan agar suami memberi perhatian kepadanya. Jika usaha tersebut tidak berhasil maka akan timbul watak-watak baru yang dimainkan oleh mertua, ipar duai, rakan-rrakan sepejabat yang bertindak sebagai wartawan yang tidak bergaji, untuk ‘mengukuhkan’ usaha isteri tersebut. at last, suami itu menjadi manusia yang hanya mengikut kehendak isteri dan telunjuk keluarga isteri.
Dengan keadaan family yang ‘mantap’ ini, bahkan ana percaya kebanyakan institusi kekeluargaan di Malaysia bersifat begini, adakah Negara mampu melahirkan umatnya yang kuat dan berkualiti? Sedangkan kaum ibunya hanya sibuk dengan perihal ‘kepentingan peribadi’ mereka dan amat jauh untuk memikirkan hal-hal yang lain. Sekali lagi ana bertanya kepada pelajar perempuan, sekalipun kamu menyedari bahawa kamu mungkin kurang berilmu, jasad kamu yang tidak sehebat lelaki, tetapi tidakkah kamu terfikir bahawa sekalipun aku tak mampu…aku mengharapkan suamiku menjadi tokoh, anakku menjadi aorang yang banyak berjasa dan pemikiranku mampu mengubah gaya hidup masyarakat. Sekali lagi mereka diam… kalau ada pun yang menjawab, tetapi sekadar menyakitkan hati. Katanya “ ala ustaz, tak semua orang nak jadi mufti…” walaupun kita menyedari mufti yang sedia ada tidaklah sehebat seprti Yusof Qardhawi.
Kita tengok Prof Dr. Mahmood Zuhdi Dari Universiti Malaya(kini berkhidmat di UIA), bagaimana beliau Berjaya sa mpai ke tahap itu, apakah ia akan berlaku dengan begitu mudah jika tanpa sokongan isterinya (Dr. Paizah)? Kehebatan dan kewibawaan Mahmood Zuhdi agak sukar dipertikaikan dan ditambah dengan sokongan isteri yang juga tidak kurang hebatnya. Apakah kita pernah berniat untuk melahirkan Mahmood Zuhdi ke-2? Jadi ana mengharapkan enti dapat menjelaskan (setakat yang termampu, maybe termasuk pandangan peribadi) mengenai senario permasalahan ini…
Sekian wassalam.
Credit to kak T..http://taratiana.blogspot.com
My Braces Journey
4 years ago
No comments:
Post a Comment