Assalamualaikum dan salam perjuangan..
Apa khabar iman hari ini?masihkah ia segar disirami dengan ketaqwaan kepada Allah? Apa khabar hidup anda hari ini? masihkah diberi peluang oleh Allah dengan sebaik2 peluang? mudah-mudahan..InsyaAllah..tidak terlambat rasanya untuk Syifa' mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat pembaca yang amat-amat dikasihi lillahi ta'ala..berkorbanlah apa sahaja yang mampu sahabat korbankan asalkan ianya masih dijalan Allah. Dan ingat,jangan sesekali kerna cinta durjana,,diri anda terkorban..na'uzubillahi min zalik.Sebelum penulisan diteruskan izinkan Syifa' untuk ingatkan sahabat sekalian tentang firman Allah yang bermaksud :
"Daging dan darah binatang korban@hadiah tidak akn sekali kali sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan kepada taqwa kamu"
Ini bermaksud Allah tidak akan melihat kepada barang korban. Tetapi Dia melihat ketaqwaan kita didalam melaksanakan ibadah korban ini. Setinggi mana kita bertaqwa, setinggi itulah Allah menilai kita. Itulah pengorbanan yang kadang-kala kita terlepas pandang..Berkorban dari perasaan riak dan semua sifat2 mazmumah.
Berkorban adalah satu perkataan yang paling tidak disukai manusia namun tetap akan melakukannya. SEbab? Sebabnya berkorban bermaksud kehilangan sesuatu yang kita sayang untuk mendapat sesuatu yang lebih baik. Kalau dalam ekonomi ia dipanggil Opportunity Cost..ataupun kos yang dilepaskan untuk memndapat untung yang lebih. Kalau sesuai pepatah Inggeris ni " No pain,,No gain"..hehe..seruan Syifa' sempena bulan pengorbanan ini ialah bersedialah untuk berkorban,,kerana dengan berkorban anda akan lebih menghargai apa itu pengorbanan..ayuh semua,,korbankan semua sifat2 negatif yang ada pada diri kita. Korbankan sifat2 yang boleh merugikan kita. Dan paling pentIng,,KORBANKANLAH SELURUH JIWA DAN HARTA ANDA UNTUK AGAMA ALLAH,,NESCAYA KITA AKAN LEBIH MENGHARGAI PENGORBANAN NABI MUHAMMAD SAW..
dan ingat,,orang yang berkorban,tidak akan sesekali rugi,,malah hatinya akan terus diberi kekayaan oleh Allah swt iaitu berupa KETENANGAN..
salam kehidupan dari jiwa yang merindukan setulus-tulus pengorbanan dari jiwa anak-anak remaja Islam di dunia ini.
My Braces Journey
4 years ago
No comments:
Post a Comment