Wednesday, June 9, 2010

tragedi hari itu

bismillahirrahmahirahim..

lamenye x post something yang valuable kt sini..hurmm..Allah maha besar..Allah maha mengetahui..

Last week aku decide untuk balik kampung.rumah arwah nenek.jenguk2 mak and pak sedara..disebabkan kakak aku x dapat hantar so i,my sister and my youngest sister tepaksalah naek bas cityliner utk ke Pengkalan Kubor brnombor 27..

sikit punye lamer pakcik bas tu nak gerak..dalam hati ni dah @!*&$)%#..huhu..sementara tunggu pakcik aku yang duduk tepi tingkap pun melemparkan pandangan ke luar..hmmmm..intai2 gelagat2 rakyat kelantan..

sedang asyik tengok makcik yang tengah sibuk layan customer kat gerai air dia lalulah 3 orang gadis..muslimah selayaknya..berjubah.bertudung labuh dan berpurdah..aku perhatikan mereka..aku tersenyum sambil dalam hati bermonolog..

"...3 gadis inilah yang selayaknya digelar belia negara.3 gadis inilah pada mereka aku nampak kekuatan dan kekentalan iman mereka dalam cuba mempertahankan dan menyebarkan islam pada dunia yang mencabar ini.."

aku pandang pada diri aku..sambil tersenyum x tahu kenapa..

aku tahu..meski pun aku bukan dari kalangan mereka (berjubah, bertudung labuh n berpurdah)tapi aku juga adalah hamba Allah yang imannya senipis kertas..seringan biuh yang masih berdiri disebalik mereka2 yang tidak penat dan jemu berdakwah..meski aku tidak berdiri didepan memimpin saudara2ku yang laen..

aku juga sedih melihat saudari2 aku yang laen yang kian menghilang rasa malu mereka..
padahal mereka juga lah yang akan melahirkan zuriat beragama islam yang mana betapa pentingnya didikan islam keatas generasi itu kelak..

"ado oghe dok..?" sapa makcik yang setengah abad barangkali umurnya..3 gadis itu terus ghaib dari kotak fikiran aku..

"xdok..duduklah mokcik.."sambil tersenyum aku mempelawa makcik tu duduk disebelah aku..

"dari mano nok g mano..?"makcik memulakan perbualan dengan mesra..

aku senyum.."nok balik kampung mokcik..seberang.."

"ooo.."makcik tu bagi respon

"mok cik dari mano nih..?turn aku bertanya..

"dari stadium..dgr tok guru ngaja..aini wak kat stadium sebab skali ngan solat hajat utk 12 rakyat Malaysia hok jadi tahanan Israel nuh..."makcik bersungguh-bersungguh..

"oooo.."aku tahu aitu tok guru buat solat hajat..x berkesempatan utk aku turut serta..

"lebih2 puok2 tuh..(israel)..nyo kato kito ceroboh laluan dio..padahal laluan antarabangsa..."tambah makcik tu bersungguh2..

aku hanya menggangguk dan tersenyum sebagai respon..bukan x berminat tapi aku biarkan makcik tuh menyuarakan pendapat dia..

"blaja lagi ko..?"makcik tanye aku

"ha..usim negeri9.."jawap aku ringkas

"blaja molek la mek wei..time muda nilah kito nak blaja..jange jemu nak blaja..satu hok mokcik duk tengok anok mudo loni hp la..mudoh punoh anok loni kalu ado hp..anok2 mok cik x gune hp sapalah diorang kijo..loni jadi pakar bedah doh.."cerita makcik x henti2..

aku pun banyak kali jumpa makcik2 yang kalu tahu aku ni student ringan mulutlah nak cerita perihal ank masing2..aku suka..boleh aku jadikan ikhtibar..

berbalik kpada makcik tadi..aku senyum jer memanjang..

"loni buleh anok doh la dio.."

aku tersenyum sambil berfikir..kalu anak dia dah berkahwin and dah dapat anak i guess mesti anak dia blaja 10@20 tahun lepas..patutlah anak makcik ni x memberontak kalau x bagi hp..

hmmmm..

aku senyum..aku x bersuara..aku tahu bila 2 generasi yang berbeza mula saling memberi pendapat tentang sesuatu perkara ia akn totally bercanggah..

actually walaupun aku sedang berbual ngan makcik tuh tapi mata aku not for her..aku asyik melihat satu permandangan yang sungguh indah..aku memerhati makcik yang disisinya bakul menjual kuih bersama seorang anak lelaki berumur 10 o 11 tahun kot..mungkin makcik dan 'permata'nya tu baru selesai menjaja kuih sekitar bandar kotabharu..naek bas nak balik kot..

aku berbisik dalam hati..

"..budak umur tuh suppose duduk umah study o maen ngan kawan2 sebaya..terlalu muda utk budak tu memahahami ape itu kesusahan hidup..tidak adil bagi budak tuh..tapi this precious experience not everyone will get..insan pilihan Allah saja yang dapat merasainya..aku pernah pergi menjual kuih ngan abang guna moto buruk hasil belas orang laen..aku pernah tolong mak aku sebagai waitress kat kedai makannye dulu semuda 10 and 11 tahun..aku dapat rase susah senang mak and arwah ayah aku membesarkan kami..betapa peritnye bila perniagaan rugi akibat khianat orang..tapi Allah maha Mengetahui..Allah maha Menyayangi..pada wajah budak tu tadi aku nampak ketabahan dalam kesedihan mengenai hidupnya..mungkin dah takde adik beradiknya yang laen yang blh membantu..dan mungkin 'permata' ibunda tu sudah cukup kuat utk meneruskan semua kesusahan bersama ibunya..xlama kemudian aku nampak budak tu tertido disisi ibunya..penat itu sudah tentu..dalam hati aku menjerit.."wahai anak2 pewaris agama..inilah ikon kamu..tontonlah dengan mata kamu sendiri betapa bernilai setitik peluhnya itu..lena itu lena berkat..lena itu lena yang tidak bisa dikejutkan sehinggalah dia terasa hilang penatnya yang semalam..."

aku berharap Allah tidak akan menguji keluarga itu dengan menghilangkan perasaan kasih belas anak itu pada keluarganya apabila dia dewasa kelak..aku berharap anak itu menghargai kesusahan hidup..sebab kesusahan itu perit bagi mereka yang dah biasa senang..tapi kesusahan itu cukup manis bila dikenang tatkala kita bersama kesenangan hasil peluh keperitan....

moga2 Allah sentiasa menjadikan kita insan yang bertaqwa di dunia yang fana ni..insan yang memandang kesusahan dengan mata hati..kerana sesungguhnya dan sebenar-benarnya kita milik ALLAH dan tiada milik kita..

2 comments:

AmirSyafiq said...

Kaum Muda
Kaum Tua
sejarah.kian.berulang

Gaza di hati
Bola di kaki

~berdoa.agar.bas.di.Malaysia.can.become.reliable~

miss1_hde said...

salam..gud story dear frnd..byk msg bg yg memahami..well,bila dah lama duk lua,bila blik klate,mesti byk yg dah berubah..kelantan dah maju dr dulu..anak2 klate ppom dh "maju".tp maju mereka skarg x seimbang.ajaran agama makin x dipeduli..aurat makin x terjaga..baju yg pelik2 harganya murah sngt.kalu masuk kbmall ,parkson,tesco,terus rase cam duk kat lua..sakit mata memandang.tp ni lah yg dibggakan oleh org lua.modern.modern jahiliyyah.