Saturday, February 4, 2012

Hikmah

Bismillahirahmnirahim..

Salam Maulidurrasul buat semua umat islam di muka bumi Allah ini. Salam 1000 kebaikan, salam 1000 kekuatan. Moga2 Allah menguatkan iman dihati kita meski diuji dengan bermacam ujian. Diuji dengan segagah-gagah ujian. Jangan mengeluh. Kerana itu tarbiah dari Allah (pesanan untuk diri sendiri).

Jika dulu diri pernah diuji dalam bersengkang mata merawat arwah ayah di hospital, sekarang giliran mak pula. Sekali lagi Allah menguji kesanggupan untuk berkorban dari anak-anak dalam merawat mak yang berada di hospital. Semenjak tidak mampu menguruskan diri sendiri akibat sakit urat dalam punggung, anak-anak lah menjadi kaki dan tangan beliau. Disitu telah terlihat kesanggupan anak-anak dan kesabaran dalam melayan karenah seorang mak. Disitu juga telah diuji kami adik beradik dalam bersabar melayani dan menyantuni. sabarkah dan sanggupkah sebenarnya seorang anak membasuh berak mak sebagaimana yang dilakukannya dulu. Sabarkah sebenarnya seorang anak dalam menyuap memberi makan kepada mak yang dulu ikhlas menyuap kami. Sabarkah sebenarnya seorang anak memakai dan menyalinkan pampers mak yang dulu merupakan rutin beliau ketika kami masih kecil dan sabarkah sebenarnya 8 orang anak menjaga dan merawat seorang mak yang dulu menahan sakit ketika melahirkan.

Allah itu maha Besar. Benarlah. Allah tidak menguji melainkan sesuai dengan tahap kita. Allah tahu apa yang terbaek untuk hamba-hambanya.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Bukan ku mengeluh ya Allah. Terlihat segala hikamh yang datangkan bersama ujian ini. Tika inilah, adik-beradik saling membantu. "malam nih akak jaga. Esok ya pulak jaga" kata kakak. "meh sni ngoh masakkan utk mek..", kata abang. "minggu depan harap2 lepas untuk buat loan nak operate mek. Biar lepas nih mek sihat sepenuhnya.." kata abang yang ke4..si adik yang sebelum ini liat untuk buat kerja rumah, pantas ringan tulang membantu...mengalir air mata ini saat terkenangkan betapa manisnya ujian Mu...

Hikamh apa lagi yang ingin Kau tunjukkan ya Allah....?

Sungguh tak terhitung nikmat dan kebaikan yang Kau kurniakan. Namun mengapa ada manusia yang tidak bersyukur..?

Ku ambil sedikit sunnah Rasulullah tercinta iaitu SENYUM..dengan SENYUM diriku dikira kuat. dengan SENYUM diriku dikira tiada masalah..
Itulah indahnya Rasullah kita. Tiap apa yang terkandung dalam sunnah baginda mempunyai 1001 malah lebih kebaikan.

‎"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam". (Quran Al-Anbiya 21:107)

Mujur diuji disaat-saat sambutan Maulidurrasul. Dapat ku kutip segala kebaikan dan semangat Rasulullah. Benar. Siapalah aku dan apalah besar mana pengorbanan aku jika dibanding pengorbanan Rasulullah. Dan itulah yang dituntut Rasulullah iaitu bersabar dalam melayan karenah ibu-bapa.

Moga aku sekeluarga terus diberi kekuatan oleh Allah SWT dalam terus kuat menghadapi semua dan aku berharap dengan jiwa yang ku hadapkan pada Allah dengan serendah-rendah jiwa, semoga ibuku diberkati dan diberi kesembuhan agar dapat menjalani hidup seperti sedia kala. Amin ya rabbil alamin.....

Wednesday, February 1, 2012

new look, new story and new spirit!

Bismilahirrahmanirahim...

Alhamdulillah. Selamat sudah mengrenovate si Syifa' nih. Lau kalian baca entry lepas, Syifa' agak tertekan untuk mengedit blog nih. Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran, ketekunan, kekuatan dan segala ke lah, maka tadaaaaa....terhasilah blog yang macam rupa kanak2 yang agak ceria nih..huhu

So, it's already new look. Of course there will be new story with a new spirit! Because I bet that my 2012 would be tough than before. Dah dapat aura sebenarnya yang tahun 2012 akan lebih tough. So, apa kisah, apa cerita, apa pengalaman yang akan Syifa' hadapi sepanjang perjalanan pada tahun 2012..? rajin2 la usya blog nih ye!

p/s: mohon awak semua doakan Syifa'. Walau sebesar mana ujian, tetap kuat hadapi..jazakallahukathiran khaira..

Saturday, January 28, 2012

no idea

assalamualaikum semua...actually hajat di hati nak update something kt blog nih + new appearance. Tapi edit punya edit, entahlah kat mana silap nya (da berbulu mata depan laptop ni)inilah hasilnya. Frust tol...biaq p la. Laen kali la Syifa edit balik. Huhu...Da tak de mood nak bercerita..huhu..Jumpa lagi laen kali semua. Jaga diri yer,.Ingat Allah sentiasa dan jaga lupa senyum ye!

Tuesday, November 29, 2011

PENGALAMAN

Bismillahirrahmanirahim. Sedar tak sedar, dah lama rupanya Syifa' tak update blog nih. Bukan tidak lagi sudi berkongsi rasa, cuma masa menghadkan segala-galanya. Dan sedar tak sedar jugak, awal muharram baru saja berlalu. Jadi apa ye azam baru sahabat2 semua. Ringkasnya, azam Syifa' ialah untuk terus mengambil peluang yang hadir dalam hdup Syifa' lepas nih. InsyaAllah. Soal rasa, banyak yang ingin dikongsi tapi, nak mula dari mana ye. Kerana setiap yang hadir dalam diri ini merupakan pengalaman baru. I'm the life observer..

Berkecimpungnya Syifa' dalam kelab Pembimbing Rakan Universiti telah mengubah segala-galanya. Komitmen yang dituntut sedikit sebanyak mengubah Syifa' dari yang lama kepada yang baru. Jika dulu, banyak masa Syifa' hanya untuk diri. Pergi kuliah, balik study, makan, tidur dan berborak2 dengan senang hatinya besama rakan-rakan yang lain. Tapi sekarang, ianya berbeza. Sebelun tidur, wajib untuk fikirkan apa tanggungjawap aku esok ea..? Tugas apa lagi x settle ye..Tugas hari ni, da habis ke..keep thinking and remind myself. Because it is my responsibilities. Tanggungjawab pada diri, pada persatuan, dan juga pada rakan-rakan yang mana setiap masa kami berfikir, apa yang dapat kami lakukan untuk membantu mereka. Tapi, tak semua orang menghargai apa yang dia dapat. syifa' agak terkilan bila ada yang menyalahkan kesibukan berpersatuan bila tak ada masa untuk belajar. It doesn't the matter. Allah pilih kita melalui jalan ini supaya kita dapat membantu pelajar lain dari segi belajar and so forth. Bukankah dakwah juga namanya,,,? Atau bagi mereka, dakwah hanya berkaitan agama..? dan lupakah mereka, Allah tidak datangkan agama itu, bersendirian. Pelbagai cara untuk menarik ummah kepada agama. Astaghfirullahal a'zim...sungguh kesian mereka yang berfikiran begitu. dan Alahmdulillah, Allah pilih Syifa' dijalan ini. (yang penting niat)


Berkenalan dengan team AsasInsan Resources and Training juga banyak membantu Syifa' untuk mengimprove diri. Rasa bersyukur ditemukan dengan master trainernya atau mentor Syifa' atau juga abang Syifa', Che' E..dalam membangunkan insan di muka bumi Allah ini, tidak pernah terkeluar perkataan negatif dari mulutnya. Walau ujian sebesar mana yang datang, beliau tetap tersenyum dan hanya perkataan positif yang keluar. Cukup memberi kesan kepada kami disekelilingnya. Syifa' percaya, bagi sahabat2 yang pernah berpengalaman terlibat dalam program2 yang bertujuan membangunkan insan generasi negara, akan memahami betapa getirnya, betapa peritnya dan betapa payahnya proses itu. Kita tidak mampu mengubah mereka. Kita dipilih Allah untuk membantu dan memudahkan dan memberi jalan kepada mereka untuk berubah. Kita sayang generasi muda kita, namun apa yang telah kita usahakan untuk munzahirkan rasa sayang itu. Adilkah mereka dihukum dek kejahilan mereka. Dan apa tangungjawab kita sebagi golongan berilmu..? hanya duduk di bilik..? buat hal sendiri..? lantaklah..yang penting adik2 aku selamat..


Ingat kata-kata Che' E sewaktu meeting dengan beliau.." memang mak kita suruh kita datang universiti untuk belajar. Tapi, belajar untuk ap..? belajar untuk HIDUP..."
Sebesar mana dan sebanyak mana pun perkara yang berkaitan HIDUP, kita perlu belajar dan kuasai. Jika hidup kita kelak hanya menuntut kita berada di rumah sehingga ajal menjemput, maka tidak kemanalah sumbangan kita kepada Islam. Tidak mengapa jika kehidupan universiti kita sangat-sangat sibuk dengan perkara selain pelajaran, kerana bukan hanya dengan berada di bilik kuliah, dapat mengajar kita untuk HIDUP selepas ini.


Tapi, aulakan apa yang aula. Dan masa yang sama, grab peluang. Dan sesungguhnya, sangat rugi jika tidak menggunakan 100% tenaga muda kita dalam masa yang singkat ini. Gunalah sehabis baik. Kerana kesannya akan memberi sumbangan yang besar kelak.

p/s : Maksud surah Al-Asr:
1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.

Wallahu'alam. Jumpa lagi semua. Assalamualaikum..=)

Saturday, September 3, 2011

AIDILFITRI 2011


Alhamdulillah..hanya kesyukuran yang mampu ku ungkap kepada Allah, pencipta hati-hati ini..Pengurnia kebahagiaan dan Pengatur hari-hari ini..

Ramadhan berlalu pergi lagi. moga2 mujahadah yang masih tersisa baki ini masih mampu diteruskan dalam usaha untuk menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik..

Aidilfitri menjelma. Tahun ini sedikit bermakna meski masih ada rasa rindu di hati anak-anak ini yang merindui ayah.

Syawal ini kami sekeluarga ke Johor untuk sama-sama meraikan aidilfiri bersama abang long yang baru jer mendapat baby baru. Muhammad Saiful Syamil..Moga-moga mampu menyempurnakan segala kekurangan yang masih ada didalam keluarga ini.Insya Allah.

Sebelum sama-sama berkonvoi ke johor kami singgah untuk berjumpa ayah..bak kata ibu,pergilah bagitau ayah yang kita x de dekat ngan dia untuk raya taun nih..al-fatihah untuk arwah..

Alhamdulillah..selamat mengabiskan hari terakhir puasa bersama2 adik-beradik yang lain. Riuh rendah jadinya rumah abang long..ermm,,syukur atas nikmat susah dan senang yang sudi dikongsi bersama..

1 Syawal dirai dengan penuh sederhana. Bangun awal pagi untuk memasak, mengemas apa yang patut..dan juadah pada pagi tu ialah nasi dagang dan beberapa juadah lain..

Time bersalam-salaman ialah time yang x boleh blah skali..hehe..mesti habis la make up..mula dengan abang long dan yang lain2..sebak hati ibu saat masih blh melihat semua adik beradik berkumpul. Moga2 perasaan ini kekal di hati kami.



6 beradik dari 8..2 lagi beraya bersama mentua massing2

Raya diteruskan dengan berjalan2 meluangkan masa bersama di teluk buih kemudian ke teluk gorek di tanjung resang.





Hanya sampai sini post kali ini. Tiada ilmiah tiada falsafah. Hanya ingin mencatit kenangan indah dilaman ini. akhir kalam..Salah aidilfitri buat semua sahabat dan pembaca2 blog yang usang nih. Maaf dipinta andai peenah mengguris hati dengan kata-kata oleh lidah yang tida betulang ini.

Salam hormat. Salam mujahadah. Salam syawal yang penuh berkah =)

Tuesday, July 12, 2011

PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI MUTAWIF

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi..dengan nikmat iman dan Islam yang masih menebal didalam hati..Tujuan post kali ini adalah untuk berkongsi the precious experience that I got from the last kursus mutawwif. Kursus nih di tanggung sepenuhnya oleh pihak Tabung Haju,,so, datang tadah telinga jelah,,kursus nih berlangsung selama 6 hari yang bertempat di FKP, USIM..Peserta kali nih lebih kurang 40 orang yang terdiri daripada pelbagai fakulti dari pelbagai program dan dari pelbagai tahun,,jom Syifa ceritakan sedikit sebanyak apa yang kami dapat dan aktiviti yang dilakukan sepanjang program nih berlangsung.

Khamis-7/7/11

Hari pertama kursus berlangsung dimulakan dengan kuliah dari Cik Suria dari FKP tentang Kemahiran Komunikasi. Mutawif harus sedar dalam pentingnya dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kita harus berhadapan dengan pelbagai lapisan umur dan latar belakang jemaah haji..jadi dari sini kami belajar "the art of communication is the languange of leadership..bak kata Cik Suria, as a mutawwif we have to be proactive..



Slot ke2 diteruskan dengan kuliah dari Dr. Adnan Mat Junoh juga pensyarah dari FKP yang bertajuk Integriti dalam Pekerjaan. Kenapa tajuk nih penting dalam profesion mutawwif diterangkan oleh dr. dengan mendedahkan KOmponen Indeks Persepsi Integriti Nasional yang mana Malaysia terletak pada indek 6.97 yang bermaksud Malaysia masih rendah tahap integriti masyarakatnya. Slot berakhir dengan persembahan dari setiap kumpulan berdasarkan tajuk yang telah dibahagi-bahagikan. Kumpulan Syifa mendapat tajuk "Bagaimana menjadi mutawwif yang disayangi oleh kerajaan Arab Saudi.."..ermm..memandangkan tak de sorang pun dari group kamu yang pernah ke sana jadi agak sukar sebenarnya bagi kami untuk mencari idea2 yang bernas..




JUMAAT-8/7/11

Semangat yang berkobar2 diteruskan lagi pada hari yang ke2. Pagi tu dimulakan dengan slot dari Dr. Mohd Rushdan iaitu dekan FKP. Tajuk kuliah beliau ialah Kemahiran Kepimpinan dan Kemahiran Dakwah. Kedua2 nih disimpulkan sebagai salah satu perkara yang turut sama pentingnya yang patut dikuasai oleh mutawwif. Mutawwif bukan sahaja berfungsi sebagai pengiring atau pembimbing jemaah haji tetapi juga dalam masa yang sama sebagai pendakwah dikala jemaah haji menjadi tetamu Allah di Mekkah. Dan antara ciri2 pemimpin yang cemerlang kepada jemaah haji ialah memiliki ketenangan ketika menghadapi krisis.



Slot ke2 diteruskan oleh Prof Dr Zulkifli juga pensyarah dari FKP. Tajuk slot beliau ialah Musafir di jalan Allah dan Meneroka Tanah Suci. Slot kali ini agak menarik dari slot2 yang laen coz prof banyak tunjukkan kami gamba2 beliau sepanjang berada di sana.






SABTU-9/7/11

Perjuanagn masih diteruskan hingga hari yang ke3. Pagi nih slot kaunseling oleh en Zaliridzal salah seorang kaunselor d USIM. Tajuk kuliah beliau ialah Penyelesaian Masalah dan Kemahiran Hubungan Membantu. Bagi slot penyelesaian masalah kami didedahkan dengan 3 unsur penting dalam membuat sesuatu keputusan iaitu 1) pemikiran kriris, 2) pemikiran kreatif 3) kefahaman dan kejelasan. Kemudian kami diberi satu masalah yang memerlukan keputusan segera yang merangkumi segala aspek yang telah kami belajar. soalannya ialah, adakah anda akan pergi ke perhimpunan BERSIH..? erkkk!!ermm, jawap jelah apa yang termampu..hehe..Kemuudian slot Kemahiran Hubungan Membantu tidak kurang menariknya. Time nih en Zali menunjukkan demo bagaimana untuk membantu in term of seorang kaunselor. Apa yang dapat disimpulkan ialah postur duduk ketika membantu iaitu SOLER..Sit quarely, Open posture, Lean forward, Eye contact, Relax..



Selesai dengan sesi amali kaunseling slot kami seterusnya ialah bersama wakil dari Tabung Haji iaitu Ustaz Nukman yang bercerita mengenai Keperluan dan Harapan Organisasi terhadap Mutawwif. Betapa besarnya harapan pihak tabung haji dan semua agensi swasta terhadap murawwif kerana sesungguhnya Malaysia amat2 kekurangan mutawwif. Oleh sebab itu, program seumpama ini amat mendapat galakan daripada pihak KPT sendiri.

AHAD-10/7/11

Hari seterusnya kami diberi perhatian tentang Fiqh dan Sirah Umrah oleh Dr Azman iaitu pensyarah dari FSU. Slot bermula dengan kamai bertalbiah bersama..Subhanallah..rasa terpanggil2 ke Baitullah..setiap lafaz talbiah meresap ke dalam jiwa ..



Kemudian slot berakhir dengan persembahan tugasan yang diberi. Tugas setiap kumpulan adalh mencipta logo kumpulan berdasarkan soalan yang diberi dan menjawap soalan2 yang berkaitan fiqh dan hukum.








ISNIN-11/7/11

This second last day pun x kurang menariknya semua pengisian. Slot pertama ialah Asas Bahasa arab yang di conduct oleh ust Wan Fazrul Azdi. Kami belajar beberapa istilah arab ammi yang mana amat berguna sebagai mutawwif. Sangat seronok slot nih coz kami belajar sesuatu yang baru yang mana tidak diajar di dalam kelas biasa memandangkan kami hanya lah belajar arab fushah..Diakhir slot, seperti biasa kami ditugaskan untuk membentangkan satu tugasan. Tugasannya ialah kami di beri satu keadaan yang mana memerlukan kami bertutur didalam arab ammi. Kumpulan Syifa mendapat situasi d lapangan terbang Jeddah..



Juga situasi bersembang di dalam bas



Ada juga situasi didalam kedai makan



Slot terakhir untuk hari ini ialah Asas Perubatan dan Kesihatan oleh Dr Hairulhisyam dari FPSK USIM. Beberaap basic perubatan yang dikira penting untuk diketahui oleh semua mutawwif jika apa2 emergency berlaku pada jemaah haji.



SELASA-12/7/11

Hari ini merupakan hari last bagi kursus pembangunan kompetensi mutawwif siri 4. Hari ini merupakan kemuncak kepada slot2 lepas yang telah belajar didalam dewan kuliah. Pada pagi hari kami bersama Ust Lokman hakim dari FSU juga merupakan seorang mutawwir yang amat berpengalaman. Beliau juga menunjukan cara memakai ihram bagi jeamaah lelaki sebelum similasi sebenar berlangsung.





kemudian...inilah hasilnya..Simulasi Umrah yang dijalankan di tengah kawasan lapang FKP. Sangat menarik. Kami seakan2 melakukan ibadat umrah yang sebenar yang mana kami harus melaksanakan semua rukun dan wajib umrah yang telah dipelajari bermula dari niat sehinggalah tertib termasuklah bertawaf dan juga bersa'ie.



Bermula dengan tawaf bagi jemaah lelaki..



Diikuti tawaf oleh jemaah wanita..



Selesai bertawaf kami pula mengerjakan rukun umrah yang seterusnya iaitu bersa'ie dari bukit Safa ke bukit Marwa..



Alhamdulillah..selesai sudah slot amali dan simulasi umrah kami. Semoga ustaz sentiasa diberkati oleh allah atas ilmu yang ustaz curahkan kepada kami..



Tidak ada ilmu yang tidak di uji. oleh itu, di petang hari kami wajib menduduki penilaian. Soalan2 nya hanyalah berkisarkan tentang apa yang telah kami pelajari sepanjang kursus. Dan syarat untuk mendapat sijil pengiktirafan dari pihak Tabung Haji adalah mendapat sekurang2nya 70%..Dan sesungguhnya bukanlah sijil yang kami inginkan tapi ilmu yang tidak ternilai dari penceramah2. Meskipun tidak berpeluang menjadi mutawwif yang sebenar namaun ilmu yang diperoleh masih boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian..Wallahu'alam..



" manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa " -saidina Ali-

Friday, June 24, 2011

lelaki DITUNGGU perempuan MENUNGGU

Assalamualaikum w.b.t...salam satu tauhid,,salam ukhwah dan salam seribu kebaikan kepada semua sahabat2..

lama x update blog..banyak keje+xdop modal nak bercerita..tapi insyaAllah post aini harap2nya dapat memberi iktibar pada semua..hehe..

Mesti korang da blur ape bende tajuk nih..macam menarik, macam ntah apa-apa..yup kita kupas..(ceh,,macam forum..)

Lelaki ditunggu perempuan menunggu. Sebagai perempuan, Syifa memang dah dididik untuk sabar menunggu mereka2 yang bergelar lelaki..kadang2 hangin gak..mana tak nya, janji nak jumpa bincang kol 9, boleh2 dia datang kol 10..salah kah perempuan yg menepati masa atau salah lelaki yang x reti hormat masa orang..?

Syifa' percaya kengkawan kat luar mesti pernah alami situasi macam nih. Selagi kita berurusan dengan orang lelaki, selagi itulah kita akan menunggu..sebenarnya bukan nak salahkan lelaki dalam hal nih tapi berdasarkan kes2 yang lepas inilah yang terjadi. Janji Melayu,,semua layu menunggu..

Come on lah brothers and sisters sekalian. Nak maju, pandaila jaga masa. Kalau tak pandai jaga masa, jangan curi masa orang lain..Allah sendiri pernah sebut dalam al-quran " Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.."

Masa tu satu hal, janji pun satu hal. Dah janji kol 9. maka kol 9 lah start. Jangan biar orang menunggu cam x de keje. Kalau dari universiti perangai dah macam nih, percayalah akan terbawa2 time keje nanti.. sebab dah tabiat..

Ingat kata2 seorang ustazah time kelas bahasa arab.." orang perempuan sekarang lebih cepat bertindak dari orang lelaki. Orang lelaki sekarang terhegeh-hegeh.."

Salah kew kata2 ustazah Syifa' tuh..? that is totally right..!

'Kelebihan' orang lelaki nih diorang terror buat keje last minute..percayalah..berbeza ngan pomuan, yang suka setting awal2 keje diorang..coz dak pompuan nih dia 'complex'..haaaa..betol tak..? tepuk dada tanya iman..

so, mustahilkah perempuan dan lelaki untuk bekerja bersama..? atau lelaki dan perempuan nih memang patot buat keje asing2..?

jawapannya, tak mustahil untuk kita bekerjasama kerana masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. Kelebihan dak pompuan yang suka buat keje awal boleh topup balik keje lelaki yg lmbat dan lelaki yg suka buat keje lmbat pun blh topup balik kesalahan2 pompuan buat at the last minute..cantik kan Allah susun hamba-hambaNya..? dimana pompuan dan lelaki saling memerlukan..TETAPI, dengan kesedaran diri yg tinggi, kedua pihak haruslah saling consider each other..



tapi satu hal yang memang dah lumrah alam lelaki ditunggu dan perempuan menunggu iaitu, hari perkahwinan.. time tuh memang wajib pompuan tunggu her future husband depan tok kadi..dan fenomena tersebut akan terus hingga ke akhir hayat kedua suami isteri tersebut..

wallahu'alam..