Sunday, May 2, 2010

kisah keluarga..

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..Allah Tuhan semesta alam..tiada perkataan layak buat bayangan..SUBHANALLAH..

Rasanya dah cukup lama aku tak update blog yang dhaif lagi comot ni..dah berdebu2 rasanya..huhu..bukan tak nak update tapi tiada masa dan kesempatan dek kesibukan menjalankan tanggungjawab as a daughter..sejak cuti yang dah hampir 2 minggu berlalu ni aku banyak habiskan mase ngan mak aku je..maksudnya kat dapur ler..sambil2 kena lecture..huhu..tapi itulah kasih ibu..lecture tak pernah mintak dibayar.cuma perlu praktikan je..she wants us to be a good person walau kat mane pun.kadang2 benda yang sama dibebelkan..tapi benda tulah yang kerap kita lupa..an nissian..itulah jawapan aku pada mak aku..huhu..alamak!..korang dengar tak??mak aku dah menjerit tu....baru nak jiwang2..huhu..chow dulu..nanti mak aku tido aku tulis lagi..assalamualaikum..

Thursday, April 8, 2010

perjuangan belum selesai..

bismilahirrahmanirrahim...

alhamdulillahirabbil'alamin...dalm waktu tenat utk menghadapi final exam sebegini pun Allah masih bagi ruang utk ak mencalit sesuatu diblog dhaif ini..

nothing to say coz exam juz around the corner..hopefully,entuma semua dapat tolong doakan ana dan sahabt2 kat sini yang sedang berjuang..

kepada sahabat seperjuangan..fightingggg!!!..sabarlah utk senafas lagi..ayuh kita akhiri perjuangan yang sementara ini dengan kejayaan yang sangat manis meskipun hakikatnya perjuangan ini begitu pahit..


and kepada semua visitors blog ni (kalau ada..mana tahu aku sorang je bace blog sendiri..huhu) sepuluh jari disusun tanda keampunan dipinta andai ada yang terasa tanpa disedari..yang dekat mahupun yang jauh..doa dipinta agar kami selamat dalam medan peperiksaan nanti..

lastly, jumpe korang sume student TAC 09/10 di FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT..

SALAM SAYANG..

akhir kalam : berjuang bererti terkorban..

Sunday, March 28, 2010

explorace versi TAC...

bismillahirahmanirahim...

emm..nampaknya semua sedang sibuk buat preparation utk final and also busness day yang hanya tinggal beberapa hari je lagi..papepun, gudluck aku ucapkan buat semua termasuklah diri ini..huhhu..

kali ni saje je nak bercerita ceritu tentang explorace yang baru je berlangsung..cewah..formalnye..xde lah..jumaat lepas dak2 tamhidi akaun berpeluh maen explorace yang takde hadiah..huhuhu..bak kata pengarah,hadiahnya adalah pengalaman..iyolah finaz oii..ni team aku..
emm..ngan diorang ni ler aku berlari turun naek bangunan canselori..boleh dikatakan semua soalan kt checkpoint x leh jawap..ape lagi..denda ler jawapnye..
first checkpoint lagi dah tersalah..adush..memang penat tahap cipan r..

first checkpoint kena jawap soalan math sem 1..blur disitu,kami pun pilih denda..
kitaorang pun kena bacelah sifir buaya biawak..xke berbolit lidah..huhu..

second checkpoint dapat rase something yang ktorang xpernah makan dan xkan pernah makan..DONUT MASIN!!!..x ke terkejut sistem penghadaman ni..then kena jawap english question..puas berfikir..xdopat..dendanya..semua manusia yang korang tengok dlm gamba kat atas tadi bertukar jadi king kong..adoiii..sabau jeler...


alhamdulillah third chekpoint dapat jawap soalan makroekonomi..kirenye ni explorace ilmiah lah..huhuhu..at the end kat chekpoint ni kena menyanyi lagu negaraku..golap sekojap langit nuh..sumbang ler..

fourth chekpoint ktorang kena buat kapal..yang semputnya ada member team kitaorg x pandai buat kapal..bukan xpandai, x ingat..almaklumlah..penerima anugerah dekan sem 1..susah skit ingat bende remeh2 ni..huhu..jgn marah ek..

last chekpoint,klunya 2 ekar..adush..apo bondo x tau ler..last2, nampak member aku yang jaga chekpoint tu..dokat jer..huhu..ape lagi serbu lah..kitaorang dah xingat pape dah..dapat klu,dlm otak ni cepat sampai..ada tangga x gune, menggelonngsor ikut bukit yang curam..nak copat..bagusnye anak dara..huhu..tapi dalam bab2 cam ni dikecualikan..huhu..

finally,selesai ler..dapat ler no.6 dari 10..ok ler tu..



dalam penat pun,ni ler kenangan kitaorang sepanjang 2 sem ni..lepas ni masing2 ikut hala masing2..sodih nak berpisah..huhu..k lah..thats all for today..thanks for all crews..

Akhir kalam : sehari berteman selamanya ku kenang..luve u all tamhidi acc students session 90/10..

Thursday, March 18, 2010

bukan senang nak senang..bukan susah nak susah..

bismillahirrahmanirrahim...

hai sahabat semua..thanks coz masih ada lagi yang sudi baca blog yang dhaif ni..

kenapa aku pilih tajuk ni ah??aku pun tak tahu..tapi apa yang aku faham dari tajuk ni ialah kalau nak senang, i mean berjaya bukan senang...need determination, sacrification. ambition and semua yang sewaktu dengannya..tapi lau nak susah yakni fail memang x susah...xyah revision..ngadap laptop..ber ym or berfacebook...

hurmmmm...

aku kadang2 terfikir betol ke statement ni??aku cakap cam ni coz aku quite disspointed ngan result mid sem aku..aku dah usaha mati-matian...semua chapter aku faham..aku sacrifice time cuti midsem dengan tak balik..last2 aku menangis ngan result midsem ni..aku x salahkan orang laen...aku x salah kan lecturer yang x pandai mengajar..aku x salahkan shbat2 yang x ajar aku..jauh sekali utk aku salahkan Allah yang memeng maha Mengetahui...

dimalam yang sunyi,time aku berhempas pulas utk revision aku tahu Allah is there..AllAH is watching me..Allah is hearing me when i said " Allah susahnya nak faham.."..i know that..Allah also understanding me when i asked " Allahuma akhrijna min zulumatil wahmi.."...

tapi hati insan yang dhaif terus memberontak...

aku tertanya2...member aku revision..aku pun revision..tapi kenapa dia xcellent, aku cukup2 makan jer????

aku tahu silapnya di kalbi..lantas aku bawak hati aku yang kering menghadap Illahi...aku basahinya dengan air mata yang penuh pengharapan...aku tahu Allah is planning something for me..aku tahu there is an agenda behind the scene...tapi Allah lah maha Mengetahui..

kini, aku bangkit lagi..seperti bangkitnya kanak2 yang jatuh ketika bertatih..aku usaha lagi dan terus berusaha..aku reset niat..aku clean up hati aku yang berdebu..aku basahi bibir aku ketika berjuang dengan zikrullah..Allah lihat semua tu...aku tahu Allah mengira air mataku..malaikatNya mencatat segala usaha aku..dan sesunggahnya kepada Allah jualah aku tawakkal..




sahabat semua..

siapalah aku nak nsihat entum semua..kerana entum lebih berjaya dari aku..tapi izinkan aku utk ingatkan entum, ingatkan aku sendiri and semua manusia yang xknal erti putus asa...

"..kejayaan and kegagalan milik Allah..absolutely..lau kita gagal, kena ingat itu tandanya Allah perhatikan usaha kita..Allah nak kita lagi bergantung pada Nya..and lau kita berjaya itu juga satu ujian dari Allah...utk melihat sejauh mana kita memanjatkan kekusyukuran kepadaNya...dan itulah Allah yang Maha Penyayang..."




akhir kalam : aku post benda cam ni bukan sebab ape..tapi utk memotivasikan diri aku sendiri..kalau aku gagal dalam buat sesuatu aku x leh diam...aku akan salahkan semua di sekeliling..so, aku lepas geram kat sini..jadilah pakar motivasi x pasal2...aku mohon doa kalian semua agar walau seribu kali usaha aku ditolak jgn biarkan aku berputus asa dgn rahmat Allah..sesungguhnya itulah serugi2 manusia...jazakallahukhair...

Monday, March 8, 2010

sekali lagi aku diuji..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

baru genap 3 bulan ayah aku dijemput oleh Allah swt, skali lagi aku dapat berita yang membuatkan aku terfikir sesungguhnya Allahlah yang berhak keatas semua makhlukNya..

nenek aku meninggal...satu-satunya nenek yang aku ada..
<


innalillahiwainnailairaji'un..

kali ni air mata aku dah kering..dah xlarat nak menangis..hanya bacaan Yaasin dari jauh yang dapat ku sampaikan..

kalau aku sedih,mak aku lagi sedih..baru 3 bulan kehilangan suami...airmata pun x habis lagi.. sekarang kehilangan mak plak...

subhanallah...sungguh indah rencana Mu terhadap keluarga aku ya Allah..

tapi,Kau jadikan kami lebih kuat..Kau imengingatkan aku dan keluarga tentang kematian yang pasti...

" Allah x kan menguji hambaNya melainkan dengan kemampuan seseorng..."

aku pegang firmanMu itu ya Allah..
kerana aku tahu...janji Mu adalah pasti..
tapi aku mohon ya Allah..

Kau pautlah hatiku yang kering ini..
agar aku sentiasa dijalan Mu...

Kau renjiskanlah setitik kekuatan kedalam hatiku..
agar aku bisa lebih tegar hadapi hidup selepas ini..

tiada yang ku harapkan dariMu ya Allah..
melainkan hidayah dan redhaMu..

andai ujian ini tarbiah dari Mu..

satukanlah kembali hatiku yang hampir hancur..
agar aku bisa melihat dengan tenang hikmah Mu ya Allah..

subhanallah...
subhanallah...
subhanallah...


akhir kalam : kadang2 kita perlu 'berpisah' buat sementara agar kita tahu apa itu erti rindu....meski rindu itu satu penyeksaan...

Monday, February 22, 2010

sekadar berkongsi..

x terniat pun nak post new entry..tgh bce artikel2 kat i luve islam, terbacalah satu artikel ni..agak menarik..lantas diri ini teringatkan saudari2 yg sudi singgah membaca blog yg dhaif ni..sekadar prkongsian buat bersama..

Ya Ukhti!
Jalan Ibadah Amat Luas Untukmu!

Wahai saudari-saudari muslimahku,

Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haidh tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi Muhammad s.a.w amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua zikir-zikir yang ada di dalamnya.

Jika masih belum puas, periksalah pula kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi. Lihat berapa banyak zikir-zikir dan doa-doa yang kalian belum amalkan. Jadi tiada alasan untuk kalian wahai-wahai srikandi tercinta untuk berkata bahawa apabila haidh maka kami kurang beribadah berbanding lelaki.

Wahai saudari-saudari seaqidahku,

Dalam bab membaca dan menyentuh al-Quran. Ulama-ulama umat masih berbeza pendapat tentang pengharamannya. Seandainya saudari berpegang kepada pendapat mengharamkannya, masih banyak ibadah yang saudari boleh lakukan bahkan tak akan habis untuk saudari lakukan di satu malam.

Wahai srikandiku,

Apabila kalian uzur, bukan alasan untuk kalian menghabiskan masa menonton televisyen tatkala si suami sedang bersolat. Bukanlah ia menjadi alasan untuk saudari menghabiskan hari siang dan malammu dengan tidur dan membiarkan si suami bersolat malam sendirian. Bukan juga ia menjadi alasan untuk kalian membiarkan anak-anak terkapai-kapai mempelajari al-Quran sendirian.




Wahai srikandiku,

Cuba kalian kira, berapa minitkah bagi setiap solat yang kalian lakukan apabila kalian berada di dalam keadaan suci. Andai kata 5 minit. Kenapa tidak kalian gunakan 5 minit itu untuk membaca doa-doa dan zikir-zikir yang Rasulullah s.a.w amalkan. Jika kalian solat malam selama 1 jam di bulan Ramadhan ketika kalian suci. Kenapa tidak kalian gunakan sejam itu dikala kalian uzur untuk kalian membanyakkan istighfar, memohon keampunan daripada Tuhan. Biarkanlah air mata kalian keluar pada malam itu. Biarkan ia menjadi saksi ketundukan kalian kepada Allah yang Maha Pengampun.

Wahai saudariku,

Jika kalian tidak berpuasa, gunakanlah kelebihan kekuatan yang ada pada hari itu untuk membantu kawan-kawan kalian yang berpuasa. Saudari boleh sediakan hidangan berbuka untuk mereka dan membiarkan mereka berehat. Saudari juga boleh membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah, dan mengurangkan kerja-kerja mereka. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.

Wahai saudariku,

Jika saudari berpegang kepada ulama yang menyatakan haram wanita uzur memasuki masjid, masjid banyak ibadah yang boleh saudari lakukan dirumah. Jika saudari berpegang kepada pendapat membenarkan saudari yang uzur ke masjid, banyak juga yang saudari boleh lakukan di masjid walaupun tidak bersolat.

Saudari boleh membantu menjaga kanak-kanak kecil yang sedang bermain tatkala ibu bapa mereka bersolat. Saudari boleh bacakan kepada mereka kisah-kisah nabi, saudari boleh mengajar mereka membaca Alif, Ba, Ta. Saudari boleh menenangkan mereka tatkala mereka menangis menanti si ibu yang sedang bersolat. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.

Ya ukhti,

Sungguh luas jalan ke syurga yang Allah bentangkan untuk saudari. Janganlah saudari sempitkan jalan yang luas itu. Mahukah saudari menempun jalan mudha ke syurga? Bukankah jalan ke syurga dimudahkan untuk mereka yang menuntut ilmu.

Saudari boleh gunakan masa yang biasa saudari lakukan untuk solat dengan membaca buku-buku agama. Saya nasihatkan saudari untuk memulakan dengan bahan bacaan asas agama. Saudari mulakanlah dengan membaca buku-buku berkaitan akidah. Pilihlah buku yang mudah. Saudari boleh membaca Kitab at-Tauhid karangan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sangat ringkas buku ini dan mudah untuk saudari fahami. Saudari juga boleh membaca buku saudara Hafiz Firdaus Abdullah tentang contoh-contoh hal yang boleh merosakkan akidah. Selepas itu saudari hendaklah membaca buku tentang bersuci.

Buku kecil Sifat Wudhu Rasulullah amatlah berguna buat saudari. Selepas itu bacalah buku Sifat Solat Nabi untuk saudari memperbaiki mutu solat saudari. Saudari juga tidak boleh melupakan hukum-hakam khas untuk gadis atau wanita seperti saudari. Bacalah buku-buku berkaitan hukum hakam haidh, istihadah dan lain-lain. Saudara boleh membaca buku karangan Shaikh Shalih al-Utsaimin berkaitan hal ini.


Ya ukhti,

Ingatlah Allah Maha Adil. Keuzuran pada wanita bukan penghalang mereka beribadah. Sematlah rasa cinta pada Tuhan, yakinlah pada keadilanNya, titiskanlah air mata memohon keampunanNya.

Wallahu’alam.

akhir kalam : biarpun bukan karya sendiri,harap kita semua dapat mengambil pengajaran..diri masih dhaif dalam menulis something that can make u thinking..harap maaf.

Sunday, February 21, 2010

mengapa senyum mu pudar wahai teman?

bismillahirrahmanirrahim....

mengapa senyum mu pudar wahai teman???

kepada semua yang bergelar sahabat dan mencintai sahabatnya kerana Allah :

Kisah tentang 2 orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Ditengah perjalanan, mereka bertengkar dan salah seorang tanpa dapat menahan diri menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir :

"HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR PIPIKU."

Mereka terus berjalan, sehingga menemukan sebatang sungai, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya ditampar dan terluka hatinya, cuba berenang untuk menyejukkan diri dan hatinya..
Namun, ternyata sungai tersebut cukup dalam sehingga ia nyaris tenggelam, dan diselamatkanlah ia oleh sahabatnya.Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu :

"HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU."

Si penolong yang pernah menampar sahabatnya tersebut bertanya,

"Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?"

Temannya sambil tersenyum menjawab,

"Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila dalam antara sahabat terjadi sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tetap terkenang tidak hilang tertiup waktu."

Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana wujud sudut pandangan yang berbeza. Oleh itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah lalu.

walauapapun,sahabat kita ibarat separuh dari diri kita..andai hatinya terguris,samalah jua separuh hati kita teguris..bersyukurlah dengan kurniaan Allah yg tiada bandingnya ini..cintai dirinya sepertimana kita mencintai diri kita...

akhir kalam : friends not for a second,
not for a day..
not for a month either a year..
friends mean FOREVER..
maaf teman andai ku bukan teman yg sempurna...