Sunday, May 1, 2011

..bookworm..

Alhamdulillah..

1st time dapat menggilakan diri di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah perkara yang tidak akan dilupakan. Dengan lambakan buku dari pelbagai latar belakang penulis membuatkan diri ini hampir-hampir sawan..hehe..

Fanatiknya diri ini terhadap buku memang tak dapat dibendung..satu fitrah.. i like book ! hehe..walau dah berhabis lebih dari rm100 hasil tabungan satu sem nih, berjaya dapatkan buku2 yang agak menarik..jom tengok buku apa yang berjaya di beli..(lau ada yang berminat yang nak pinjam sila PM yee..)


buku yang wajib dibeli setiap bulan. beli kat book fair dapatlah rm8.


latest book from Pahrol Mohd Joui


sesekali perlu meluangkan fikiran kita dengan memikirkan nasib anak bangsa kita. Mula2 terpegang, terus jatuh cinta. (mood org yg da blh mengundi)


Perlu ke politik dan agama di pisahkan?? Buku nih akan menjawab..hehe..


Beli kat booth MPH..da la discount 10% jer..nasib baek jatuh cinta ngan content yang menarik. After this I will know why men don't listen..ahaks..

okeyh. nilah buku2 yang berjaya memikat hati sesuai ngan budget. Ikutkan hati nih, banyak lagi yang menarik..apakan daya budget da habis. x sabar2 nak tunggu the next book fair..

ok..perlu habiskan baca untuk exam lu baru boleh telaah mereka nih..chow dulu ye..assalamualaikum ^^

Tuesday, April 26, 2011

-exam-hati-sahabat-

Bismilahirahmanirahim...

Hye semua! Alhamdulillah..da lepas satu paper exam..(baru satu, banyak lagi menanti)..

nak ambil waktu free nih jap tuk tulis sesuatu..

apa maksud tajuk entry kali ni ea..ermm..

EXAM..yup tengah memulun tuk exam. memerlukan mujahadah dan fokus yang tinggi. tapi siapa yang sangka time2 genting nih la Allah nak uji.

1) H.A.T.I

~hati ini milik Allah.persaan ini fitrah dari Allah. perlu mujahadah apabila ia sesekali datang menguji..time2 exam nih la perasaan yang berbaur datang menjengah.adushh...fokus2..let the rest to Allah..

2) S.A.H.A.B.A.T

ermm..xtau la nih patut timbul tak time nak exam cam nih..ada yang terasa andai tak ditegur..ada yang rasa terbuang andai kita mesra ngan orang lain..(ni bukan kes sendiri ye..huhu)

tapi ketahuilah wahai sahabat semua..anda semua tetap sahabat kepada sahabat anda. tiada yang lebih bernilai dari seorang sahabat dalam keadaan masing2 jauh dari keluarga. anda tetap sahabat kepada mereka walau mereka terlupa untuk bertanya 'kaifahaluk?' anda tetap sahabat mereka walau mereka terlupa untuk senyum dalam sehari..anda tetap sahabat mereka walau hari ini dia berjalan bersama yang lain. kerana sekali anda berjabat tangan, selamanya anda akan bersahabat..

pesan orang dolu-dolu: bersahabatlah dengan seribu orang, kerana seribu orang tu belumlah banyak..elakkan bermusuh dengan seorang kerana seorang musuh tu dah cukup banyak..(nape pelik jer..?)...ermm..tapi maksudnya, macam yang anda faham la..

so, as a nutshell: pandang orang kiri, kanan, depan n belakang anda dan ucapkan, 'thanks for being my friend =) !'

ikhlas dari Syifa': thanks for being my friends..thanks for those who being my ears,my eyes and all lah..hanya Allah yang mampu balas jasa korang..tapi serius cakap, seorang manusia x kan berjaya menjadi seorang manusia tanpa KAWAN..

~hargailah kawan anda meski dia banyak kekurangan kerana dengan kekurangannya itulah akan menyedarkan kita tentang kekurangan kita jugak~

selaut terima kasih kasih kepada kawan2 tersayang..tanda penghargaan ku abadikan nama kalian disini:

-azieha-hasnin-dilah-pah-dibah-wan athirah-afefah-aizan-kery-shikin-dayah-kausar-huda mamat-muna-syidah-afifah thazali-ainan-saiful nizam-saiful islam-abdullah-aeif-izat-junaid-umar malcom-jihah-wahida-

sape lagi yee..? alamak ramai sangat plak(yang terlibat secara langsung mahupun x langsung dalam pembinaan diri ini..)..btw,korang tetap ada di HATI ini..^^

Thursday, April 21, 2011

lawatan industri

Alhamdulillah..pada hujung bulan lepas kami dak Muamalat Admin da berjaya melaksanakan lawatan indusri ke IKS Sabak Bernam..tak tau nak cakap apa. jom tengok gambar =)


awal pagi dah bertolak


destinasi 1: Kilang Mus pau


cara2 buat pau yang sangat lembut




sweet memory:makan nasi ambeng ngan Pn. Zurina




taraaaa..NASI AMBENG




seterusnya kekilang kerepek..
kerepek kat sini best sangat..lagi puas hati coz dapat tengok sendiri cara buat kerepek..hehe



acara kemuncak:ramah mesra ngan penduduk kampung..(ni antara acara kemuncak iaitu tarik tali antara student usim n pakcik2 kt kampung nih) pemenangnya?? mestilah pakcik2 nih..student2 nih pandai pegang pen and laptop jer..lama x perah kudrat..haha



lastly, ni lah muka pemenangnya..huhu..semua hamper dapat ke dak2 skol kat situ..x kesah yang penting kami enjoy..banyak lagi gambar yang nak di upload, tapi x laratla..setakat ni jer yang dapat share.

Last but not least, hopefully, kenangan ni sentiasa terpahat di ingatan kalian semua..pahit manis dalam menyusun program nih harap2 nya dapat menjadikan kita lebih matang..

thanks to all ajk pelaksan LI..

salam kecemerlangan!

mengupdate

Bismillahirahmanirahim...

ermm..aini rasa ada waktu free skit tuk update blog yang dah berkulat nih. pertama sekali, alhamdulillah setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada Allah, Tuhan yang Memiliki Hati ini...Tuhan yang berkuasa keatas hidupnya dan matinya hamba-hambaNya didunia ini. Alhamdulillah masih lagi hidup dengan nama islam.Alhamdulillah masih memiliki iman sebagai benteng dalam meniti hari2 di dunia ini.

Satu pengajaran yang Syifa' nak kongsi kali ini adalah tentang kematian itu pasti. Yup..Kematian itu pasti. Hujung minggu lepas Syifa' mendapat satu berita kematian seorang student USIM tahun satu dari jurusan Al-Quran dan Sunnah. Syifa' tak kenal hamba Allah tu tapi dia adalah classmate roomate Syifa'..orangnya baik, lagi soleh. DEngar2 citer, dia meninggal coz accident on the way balik ke kampus dari kampungnya di JB..innalilahi wa inna ilaihi raji'un..

Duk sembang2 ngan roomate,..kematian tu tak mengenal sapa. kalau da sampai ajal kita, maka matilah kita. Takut bia terfikir bila Allah akan menarik nyawa kita dalam umur begini yang masih berjuang untuk memcari ilmu. Bukan berniat untuk menolak kematian jauh seklai menafikan kematian tetapi hati selalu terdetik, "apa sumbangan aku untuk islam sebelum Allah ambil balik nyawa kita nih..?"

Bila malam berlabuh, dikesepian ini sering mengimbau kembali,,"what i have done to Islam..?" at least pada kengkawan yang lain..

hurmmm...

oleh itu, kengkawan semua..marilah sama2 kita bermuhasabah kembali apa yang kita dah lakukan sepanjang usia kita nih. Sesungguhnya mengingati kematian itu dapat meningkatkan keimanan.Apa boleh buat kalau kita tak sempat menegakkan islam dalam bidang ekonomi samada sebagai akauntan mahupun pegawai kewangan. Apa boleh buat jugak kalau kita tak sempat menjadi salah seorang dari mereka yang berusaha mencegah kemungkaran pada peringkat negara..Tapi, Allah tak melihat hasil kita, Allah melihat usaha kita.

Moga2 Allah mengira setiap usaha daripada kita yang pagi petang siang malam bersengkang mata menuntut ilmu. Jika benar Allah akan matikan kita dalam saat ini, ayuh, perbaharui niat kita. Niat kita menuntut ilmu agar kelak kita dimasukkan falam kalangan orang yang mati syahid. Mudah-mudahan...amiin...

Last but not least, salam imtihan Syifa' ucapkan pada semua sahabat. Moga2 Allah mengira setiap usaha daripada kita dan memdapat ganjaran yang sebaiknya di sana kelak..

salam sayang dari,
hamba yang dha'if..

Friday, February 25, 2011

MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'alaa Muhammad
Ya Robbi solli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku dakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Ku tahu cintamu kepada umat (Umati umati)
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Thursday, February 10, 2011

INDAHNYA UKHWAH

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Pagi ni terasa ingin mencoret sesuatu. Setelah lama berdiam diri dek kesibukan yang tidak dapat dielakkan, syifa' mencuri masa ini untuk mencoretkan tentang manisnya ukhwah yang baru dirasai oleh insan berhati kering ini.

Sungguh..ukhwah itu manis andai dapat bersama2 melakukan aktiviti. Biarpun sekecil-kecil aktiviti, namun ia akan dirasa manis andai semua ikhlas..
Actually awal pagi tadi syifa' n the gang ada buat program bersama dengan classmate yang laen iaitu dak2 pompuan BMA1. Program biasa-biasa jer. Buat pun kat belakang blok kolej kediaman kitaorang. Tapi nak citer kat sini, tempat and program bukanlah syarat mutlak dalam merapatkan ukhwah. Even, cuci tandas pun kalau buat sesama mesti sweet..haha..

Ok..sebelum syifa' start membebel apa yang tak sepatutnya kat sini, syifa' ingin sarankan kepada pembaca2 semua (ada ke yang baca?) sayangilah sahabat sekeliling anda. Sayangi mereka sebagaimana anda sayangi diri anda. Anda akan rasa disayangi kembali. hehe..cuba buat lau x caya..serius cakap nih..ok..renung2kan lah dan sekamat beramal...

Jazakallahu kathiran khairan=)

Wednesday, December 22, 2010

15 PINTU SYAITAN YG ADA DALAM DIRI KITA...

-Pintu Marah
-Cinta Dunia
-Enggan m'hadiri majlis ilmu
-Panjang angan2
-Rakus
-Bakhil
-Suka pujian
-Riak
-Ujub
-Takut & Gelisah
-Buruk Sangka
-M'mandang Rendah org lain
-Suka pada Dosa
-Merasa aman dr pembalasan "ALLAH"
-Putus Asa dr rahmat "ALLAH"