Saturday, November 13, 2010

ALHAMDULILLAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alahmdulillah blog ni kini telah mengalami transformasi. Dari nolovegirlz kepada Syifa' (penawar).Terlintas untuk mengrenovate blog nih supaya ia nampak lebih bermakna dan insyaAllah akan lebih berinput lepas nih. Harapan Syifa' ialah semoga semua pembaca yang sudi melawat blog ini dapat mengambil sesuatu sebelum keluar dari sini. Harap2nya,,

ADA RUSA ADA PERIA,
ADA MASA SINGGAHLAH LAGI YA!


salam sayang buat sahabat sekalian,,semoga kasih Allah tetap bersama kita..ameen.

Friday, November 5, 2010

mAhaR cInTa

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihati melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiapkan bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lamanya disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya....

Monday, October 25, 2010

tahun ke20

alhamdulillahirabbal'alamin..

26 october 2010

umurku 20 tahun

tiada lafaz yang mampu kuucap dengan nikmat panjangnya umur ini..
tiada rasa ku gambar dengan abstraknya takdir Allah atas diri ini..
tiada kata mampu dititip dengan nikmat yang dikurnia oleh Allah..

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH



diri merenung seketika mengimbau 20 tahun yang lalu,,,

0-4 tahun
diriku maih lagi seorang bayi,,tidak pasti apakah coretan ibu-bapaku terhadapku,,
alhamdulillah,,,kalian berjaya.

7-12 tahun
diriku kanak2 yang hanya tahu bermain dengan rakan-rakan,,bersuka ria..tidak pasti apa itu masalah,,

13-17 tahun
diriku remaja yang kian terasa tertekannya hidup dengan masalah..
kian mengerti ujian,,kian kehadapan untuk kejayaan,,kadang-kadang menangis kerana kekecewaan,,kadang-kadang ketawa bahagia

18-20 tahun
diriku wanita yang terasa di bahu ini tanggungjawab sebagai sahabat,anak,pemimpin dan masyarakat,,
apakah islam cemerlang kini dengan adanya sekelumit jasaku?? nothing,,
apakah mundurnya islam kini kerana sikapku yang hanya memerhati??
sungguh,,diriku dalam kerugian..



20-??? tahun..
ada lagikah taun hadapan bagi aku??

ayuh diri,,,bangkitlah demi islam..peliharalah dirimu dan
saudara2 mu yang laen,,move with ur way,,war with ur own spirit..insyaAllah...



Allah bersama mu...

Saturday, October 9, 2010

salahkah aku...???

bismillahirrahmanirahim...

kekok..sungguh kekok..agak lame x post something kat sini..rindu..memang rindu..tapi kesibukan masa yang menghambat aku terpaksa berdiam diri..syukur alhamdulillah..atas kesempatan ini..harap2 dapat lemparkan sesuatu disini..

apa khabar agaknya iman harini?masihkan segar dengan siraman taqwa kepada Allah?masihkah ia kental dari segala macam ujian dan dugaan?mudah-mudahan..

ada seorang sahabat meminta pendapat dari aku tentang penyertaannya dalam SUKSIS..salah satu subjek koku ala-ala polis kat usim nih..biler dapat jer uniformnya aku berrfikir..tak suarakan apa2..bila datang pulak tudungnya yang hanya tutup leher (tidak bahagian yang sepatutnya di cover)aku bersuara...

"eleh...besau tu je tudung nye?"

ternyata sahabat tersentak..sangkanya diam aku selama nih adalah tanda setuju..tapi tidak..

dia tak puas hati..ajak aku berbincang..bertubi2 soklan nya bertanyakan pendapat aku..

dia berkata dalam nada yang agak terkilan kot " ingatkan k.ju sokong..rupanya tak..patah semangat camni..org tau orang jahil tapi tolong jgn padamkan semngat org slama nih..."

aku diam menyusun ayat..agar ilmu dapat disampaikan dan hati sahabat x terguris...

"k.ju x halang..k.ju pun x pernah ckap yang k.ju sokong...tapi depends on yourself..how u help urself.."

" orang bersemangat buat sesuatu biler org sekeliling bagi semangat..tapi k.ju buat org down..org minat ilmu2 dalam nih..bukan nak pakai sgt uniform dia.."

aku menyusun sebaik-baik ayat biler tengok dia mula bawa hati..

"dalam hidup kita nih, x leh berharap sangat ngan semangat orang laen.hidup kita cara kita..walaupun seluruh dunia menentang, kalu kita ada semangat sendiri,,alasan kukuh tentang apa kita buat, world can't say anything..."

aku dapat baca hatinya..separuh hatinya yang sarat dengan ilmu2 mengatakan segan untuk berpakain macam tuh..dia tahu! dia tahu apa yang ALLAH suruh ! tapi separuh hatinya yang penuh dengan minat tentang bende tuh menutup kata hatinya yang satu lagi..subhanallah..



lalu aku simpulkan dengan amek apa yang aku pernah jumpa untuk bahan presentation aku..

" u r in the clairsentience. situation..yg mane, kita seolah2 ad gut feeling tentang sesuatu yang kita nak buat..ada sign samada bad or good..u decide by urself..kalau confius,,,,sit quietly and imagine the effect on ur self..bad or good..u know and other don't know.."

sahabat senyap dan perbincangan berakhir macam tu..aku bertanya pada diri..salahkah aku???

malam berlalu dengan masing2 memikirakn tentang apa yang diperkatakan..sungguh..Allah maha mengetahui,,,,hanya ini yang ku termampu..

semoga Allah sentiasa bersama kami..


akhir kalam : penulisan ini sekadar berkongsi..kalau less info,im sorry to all readers..kalau bermanfaat alhamdulillah..sama2 kita amek teladan..salam sayang buat semua..wallahu'alam..

Sunday, August 29, 2010

kosongnya Ramadhan kali ini

bismillahirrahmanirahim...


hurmmmm...tup tap dah masuk hari ke-20 ramadhan..berakhirlah sudah fasa keampunan dan masuklah kita ke fasa pelepasan dari hari api neraka..insyaAllah..tapi adakah sudah cukup pengabdian diri kita kepada Allah selama 20 hari yang lepas untuk mendapatkan keampunanNya??tepuk dada tanye iman..

berpuasa di alam degree yang padat ngan kelas malam membuatkan aku rasa adakah sekarang nih ramadhan?? x keterlaluan utk aku katakan yang aku terasa jauh dengan Allah...subhanallah..terawih hanya 2 kali seminggu (secara berjemaah)..xrasa keindahan berterawih macam dulu2..tapi nak buat camner kan..kata ust,"alaa..awak lagi untung..datang menuntut ilmu..balik solat terwih.."....

dan 10 malam terakhir nih iaitu malam pelepasan dari api neraka..of course kat kampung..and kalau kat kampung????ape lagiiii...adoiii...ya Allah..jauhilah aku dari menjadi orang yang rugi...

Thursday, July 29, 2010

nothing ^_^

بسم اللة الرحمن الزحيم


pertama dan selama2nya setinggi2 kesyukuran kurafa'kan kepda tuhan sekalian alam..ALLAH yang menciptakankan ku..memeberiku kesempatan berjalan diatas bumiNYA ini dengan sebaik2 keadaan yang masih tergalas dibahu ini tanggumgjawab sebagai pelajar,anak,sahabat dan seterusnya sebagai hambaNYA yang dhaif yang masih lagi berusaha keras mencapai redhaNYA..amin ya Rabbal alamin..

kuhulur salam kepada anda pembaca2 yang disayangi..moga sentiasa dibawah rahmtNYA yang ESA..

bergelarnya diri sebagai mahasiswi membuatkan aku begitu terkejar2 dengan masa.bukan kerana padatnya jadual,tapi banyak yang harus diuruskan bukan sahaja urusan dalam bilik kuliah.aku amek masa nih coz jelez tengok sahabat2 laen yang begitu asyik membenarkan jari2 mereka menari diatas keyboard computer mengupdate blog masing2 dengan bukan hanya post2 yang bermacam2 tapi begitu berharga sekaligus menlaksanakan tanggungjawab sebagai muslim dalam menyampaikan dakwah..subhanallah..

sepanjang aku ber'diam' diri banyak sebenarnya yang berlaku.yang directly,membantu aku menjadi insan yang lebih baik..insyaAllah..tapi x perlu rasenya aku melist semuanya kerna aku yakin semua dapat belajar dari kehidupan masing2..

tak ketinggalan juga perkara2 sukar ysng membuatkan aku perlu berijtihad sendiri selain bertawakal kepada Allah terutama dalam memaksa diri membuat keputusan yang memberi kesan kepada sahabat disekeliling..tapi aku yakin biler kita حسن الضن dengan Allah,Allah akan permudahkan urusan kita insyaAllah..

tidak perlu aku berpanjang2 untuk perkara yang tidak dapat memberi manfaat utk kalian semua..aku menulis kali ini sekadar me'nyinggah'..insyaAllah..dihari2 laen akan ku kongsi seberapa banyak ilmu yang kuperoleh sepanjang bermusafir di ladang ilmu ini..


ya Allah..permudahkanlah segala urusan hambaMU ini..bantulah hamba dalam membuat setiap keputusan..hindari aku dari sifat2 mazmumah..bentengi hati aku dari perkara2 mungkar serta terimalah taubat aku Ya Allah..




akhir kalam : ramai sahabat kat usim yang demam..denggi pun ada..dan hari ni kakak ku pun turut sama demam..mohon doa kalian agar kami selamat dari apa jua bencana..amin ya rabbal 'alamin..

Wednesday, June 9, 2010

tragedi hari itu

bismillahirrahmahirahim..

lamenye x post something yang valuable kt sini..hurmm..Allah maha besar..Allah maha mengetahui..

Last week aku decide untuk balik kampung.rumah arwah nenek.jenguk2 mak and pak sedara..disebabkan kakak aku x dapat hantar so i,my sister and my youngest sister tepaksalah naek bas cityliner utk ke Pengkalan Kubor brnombor 27..

sikit punye lamer pakcik bas tu nak gerak..dalam hati ni dah @!*&$)%#..huhu..sementara tunggu pakcik aku yang duduk tepi tingkap pun melemparkan pandangan ke luar..hmmmm..intai2 gelagat2 rakyat kelantan..

sedang asyik tengok makcik yang tengah sibuk layan customer kat gerai air dia lalulah 3 orang gadis..muslimah selayaknya..berjubah.bertudung labuh dan berpurdah..aku perhatikan mereka..aku tersenyum sambil dalam hati bermonolog..

"...3 gadis inilah yang selayaknya digelar belia negara.3 gadis inilah pada mereka aku nampak kekuatan dan kekentalan iman mereka dalam cuba mempertahankan dan menyebarkan islam pada dunia yang mencabar ini.."

aku pandang pada diri aku..sambil tersenyum x tahu kenapa..

aku tahu..meski pun aku bukan dari kalangan mereka (berjubah, bertudung labuh n berpurdah)tapi aku juga adalah hamba Allah yang imannya senipis kertas..seringan biuh yang masih berdiri disebalik mereka2 yang tidak penat dan jemu berdakwah..meski aku tidak berdiri didepan memimpin saudara2ku yang laen..

aku juga sedih melihat saudari2 aku yang laen yang kian menghilang rasa malu mereka..
padahal mereka juga lah yang akan melahirkan zuriat beragama islam yang mana betapa pentingnya didikan islam keatas generasi itu kelak..

"ado oghe dok..?" sapa makcik yang setengah abad barangkali umurnya..3 gadis itu terus ghaib dari kotak fikiran aku..

"xdok..duduklah mokcik.."sambil tersenyum aku mempelawa makcik tu duduk disebelah aku..

"dari mano nok g mano..?"makcik memulakan perbualan dengan mesra..

aku senyum.."nok balik kampung mokcik..seberang.."

"ooo.."makcik tu bagi respon

"mok cik dari mano nih..?turn aku bertanya..

"dari stadium..dgr tok guru ngaja..aini wak kat stadium sebab skali ngan solat hajat utk 12 rakyat Malaysia hok jadi tahanan Israel nuh..."makcik bersungguh-bersungguh..

"oooo.."aku tahu aitu tok guru buat solat hajat..x berkesempatan utk aku turut serta..

"lebih2 puok2 tuh..(israel)..nyo kato kito ceroboh laluan dio..padahal laluan antarabangsa..."tambah makcik tu bersungguh2..

aku hanya menggangguk dan tersenyum sebagai respon..bukan x berminat tapi aku biarkan makcik tuh menyuarakan pendapat dia..

"blaja lagi ko..?"makcik tanye aku

"ha..usim negeri9.."jawap aku ringkas

"blaja molek la mek wei..time muda nilah kito nak blaja..jange jemu nak blaja..satu hok mokcik duk tengok anok mudo loni hp la..mudoh punoh anok loni kalu ado hp..anok2 mok cik x gune hp sapalah diorang kijo..loni jadi pakar bedah doh.."cerita makcik x henti2..

aku pun banyak kali jumpa makcik2 yang kalu tahu aku ni student ringan mulutlah nak cerita perihal ank masing2..aku suka..boleh aku jadikan ikhtibar..

berbalik kpada makcik tadi..aku senyum jer memanjang..

"loni buleh anok doh la dio.."

aku tersenyum sambil berfikir..kalu anak dia dah berkahwin and dah dapat anak i guess mesti anak dia blaja 10@20 tahun lepas..patutlah anak makcik ni x memberontak kalau x bagi hp..

hmmmm..

aku senyum..aku x bersuara..aku tahu bila 2 generasi yang berbeza mula saling memberi pendapat tentang sesuatu perkara ia akn totally bercanggah..

actually walaupun aku sedang berbual ngan makcik tuh tapi mata aku not for her..aku asyik melihat satu permandangan yang sungguh indah..aku memerhati makcik yang disisinya bakul menjual kuih bersama seorang anak lelaki berumur 10 o 11 tahun kot..mungkin makcik dan 'permata'nya tu baru selesai menjaja kuih sekitar bandar kotabharu..naek bas nak balik kot..

aku berbisik dalam hati..

"..budak umur tuh suppose duduk umah study o maen ngan kawan2 sebaya..terlalu muda utk budak tu memahahami ape itu kesusahan hidup..tidak adil bagi budak tuh..tapi this precious experience not everyone will get..insan pilihan Allah saja yang dapat merasainya..aku pernah pergi menjual kuih ngan abang guna moto buruk hasil belas orang laen..aku pernah tolong mak aku sebagai waitress kat kedai makannye dulu semuda 10 and 11 tahun..aku dapat rase susah senang mak and arwah ayah aku membesarkan kami..betapa peritnye bila perniagaan rugi akibat khianat orang..tapi Allah maha Mengetahui..Allah maha Menyayangi..pada wajah budak tu tadi aku nampak ketabahan dalam kesedihan mengenai hidupnya..mungkin dah takde adik beradiknya yang laen yang blh membantu..dan mungkin 'permata' ibunda tu sudah cukup kuat utk meneruskan semua kesusahan bersama ibunya..xlama kemudian aku nampak budak tu tertido disisi ibunya..penat itu sudah tentu..dalam hati aku menjerit.."wahai anak2 pewaris agama..inilah ikon kamu..tontonlah dengan mata kamu sendiri betapa bernilai setitik peluhnya itu..lena itu lena berkat..lena itu lena yang tidak bisa dikejutkan sehinggalah dia terasa hilang penatnya yang semalam..."

aku berharap Allah tidak akan menguji keluarga itu dengan menghilangkan perasaan kasih belas anak itu pada keluarganya apabila dia dewasa kelak..aku berharap anak itu menghargai kesusahan hidup..sebab kesusahan itu perit bagi mereka yang dah biasa senang..tapi kesusahan itu cukup manis bila dikenang tatkala kita bersama kesenangan hasil peluh keperitan....

moga2 Allah sentiasa menjadikan kita insan yang bertaqwa di dunia yang fana ni..insan yang memandang kesusahan dengan mata hati..kerana sesungguhnya dan sebenar-benarnya kita milik ALLAH dan tiada milik kita..