Friday, February 25, 2011

MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'alaa Muhammad
Ya Robbi solli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku dakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Ku tahu cintamu kepada umat (Umati umati)
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Thursday, February 10, 2011

INDAHNYA UKHWAH

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Pagi ni terasa ingin mencoret sesuatu. Setelah lama berdiam diri dek kesibukan yang tidak dapat dielakkan, syifa' mencuri masa ini untuk mencoretkan tentang manisnya ukhwah yang baru dirasai oleh insan berhati kering ini.

Sungguh..ukhwah itu manis andai dapat bersama2 melakukan aktiviti. Biarpun sekecil-kecil aktiviti, namun ia akan dirasa manis andai semua ikhlas..
Actually awal pagi tadi syifa' n the gang ada buat program bersama dengan classmate yang laen iaitu dak2 pompuan BMA1. Program biasa-biasa jer. Buat pun kat belakang blok kolej kediaman kitaorang. Tapi nak citer kat sini, tempat and program bukanlah syarat mutlak dalam merapatkan ukhwah. Even, cuci tandas pun kalau buat sesama mesti sweet..haha..

Ok..sebelum syifa' start membebel apa yang tak sepatutnya kat sini, syifa' ingin sarankan kepada pembaca2 semua (ada ke yang baca?) sayangilah sahabat sekeliling anda. Sayangi mereka sebagaimana anda sayangi diri anda. Anda akan rasa disayangi kembali. hehe..cuba buat lau x caya..serius cakap nih..ok..renung2kan lah dan sekamat beramal...

Jazakallahu kathiran khairan=)